• Pandang Pertama Mikro-Blog Yahoo! – Meme

    Setelah sekian lama memperkenalkan Yahoo! Meme kepada segelintir pengguna, kini Yahoo! membuka Yahoo! Meme untuk dicuba oleh para pengguna. Walaubagaimanapun, pendaftaran buat masa ini adalah berasaskan kepada jemputan sahaja.

    Yahoo! Meme
    Laman Yahoo! Meme

    Berbeza dengan Twitter yang hanya membolehkan anda berkongsi teks dan pautan sahaja, melalui Yahoo! Meme, anda boleh berkongsi teks, gambar atau imej, video serta fail audio dengan mudah sekali. Menariknya mengenai Yahoo! Meme, adalah para pengguna dan rakan mereka dapat meninggalkan komen pada teks, audio mahupun sebarang perkara yang dikongsi dengan mudah.

    Yahoo! Meme
    Fungsi Komen Yang Lebih Teratur

    Yahoo! Meme
    Perkongsian Audio Dan Video Dengan Mudah

    Perkongsian video dan audio juga dapat dimainkan secara terus daripada laman Yahoo! Meme dengan mudah. Yahoo! Meme yang dahulunya diperkenalkan dalam bahasa Portugis, kini ditawarkan dalam tiga bahasa, termasuk bahasa English, dan Sepanyol. Buat masa ini, pendaftaran pada Yahoo! Meme adalah berdasarkan pada jemputan, dan setiap pengguna yang dijemput akan mendapat 7 jemputan untuk menjemput rakan-rakan mereka yang lain. Konsep viral yang digunakan adalah sama seperti konsep Google ketika memperkenalkan GMail pada suatu ketika dahulu.

    Walaupun ianya belum dilancarkan secara rasmi, Yahoo! Meme kini sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mungkin kelak akan diperkenalkan aplikasi pihak ketiga untuk memudahkan para pengguna mengemaskini Yahoo! Meme dengan lebih mudah lagi. Sama-sama kita mengikuti perkembangan lanjut projek mikro-blog daripada Yahoo! ini.

    Akaun aMaNz di Yahoo! Meme

14 Komen

  1. smartzul on 20 Sep 2009

    Wah, hebat.

    Tak kisahlah mana yang terbaik, lagi banyak tools marketing di internet lagi bagus. Banyak pilihan atau boleh guna semua. :)

    Thanks for review.

  2. Rizal on 20 Sep 2009

    apa kata jemput saya gua bro? alamat email seperti diberi…hehe

  3. Anarm on 20 Sep 2009

    aku nk jugak wei..

  4. loq on 21 Sep 2009

    bro,invite aku ye
    ^_^

  5. Kaizer on 21 Sep 2009

    wah saingan pada twitter ni,lagi banyak saingan lagi bagus.invite aku satu bro..

  6. alone on 21 Sep 2009

    best2!

  7. safar on 23 Sep 2009

    sampai sekarang aku tengah tunggu.tiada pun
    yang ajak aku sertai Yahoo! meme.kawan2 pun tiada.
    apalah nasib aku.

    • aMaNz on 23 Sep 2009

      Okay. Dah jemput. Jgn lupo follow aku. Hehe.

  8. abdullahmansor on 23 Sep 2009

    sesiapa nak jemputan boleh jer emel aku…7 kekosongan setakat ni..

    indra0579 gmail.com

  9. abdullahmansor on 23 Sep 2009

    sesiapa nak jemputan boleh jer emel aku…7 kekosongan setakat ni..

    indra0579 gmail.com

  10. safar on 24 Sep 2009

    sekarang aku sudah ada Yahoo! meme.terima kasih
    aman.

    ada sedikit artikel yang aku tulis.http://ms.blogsafar.com/yahoo-meme-emel-ajakan-amanz-my.xhtml

  11. zaki on 24 Sep 2009

    aku pun nak jugak bro.. tolong la invite sekali..
    butter002003@yahoo.com

  12. Eriyza on 24 Sep 2009

    Sedehnya, takde org pun
    jemput cheq tuk beryahoo
    Meme tanpa Norman nih.

  13. Adney on 27 Sep 2009

    Nak jugerrr.. huhu


Tinggalkan Komen Anda