29Sep

Penantian Google Wave Bakal Berakhir

Google

Penantian untuk Google Wave mungkin berakhir tidak lama lagi, apabila 100,000 orang pengguna dapat menggunakan servis tersebut mulai daripada 30 September, iaitu esok. Ramai yang tidak sabar untuk mencubanya, sejak ianya diperkenalkan pada bulan Mei lepas.

Google Wave
Antaramuka Google Wave

Google pada mulanya telah memperkenalkan Google Wave pada hujung bulan Mei tahun ini ketika acara Google I/O. Ianya telah menambat para pembangun dan para pengguna dari seluruh dunia, dimana mereka ternanti-nanti untuk mencuba produk terbaru daripada Google ini.

Google Wave membawa idea dimana segala komunikasi seperti emel, IM, Wiki dan sebagainya disatukan pada satu medium, sekaligus memudahkan proses komunikasi antara satu sama lain. Mulai 30 September 2009 ini, seramai 100,000 orang akan dapat mengakses dan mencubanya. Menariknya, Google juga memperkenalkan Google Wave kepada pengguna Google Apps. Sama-sama kita nantikan 30 September ini untuk mencuba produk baru daripada Google ini.


Jom Cuba Simulasi Android G1
Picasa 3.8 Menyokong Sehingga 38 Bahasa
Halaman Profail Google+ Untuk Jenama Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Sebutan Audio Diperlihatkan Pada Halaman Carian Google
Google Mengumumkan Untuk Mematikan Lebih Banyak Produk Mereka

6 Komen

  1. finalcross pada 29 Sep 2009

    Hmmm,antaramuka yg simple & lengkap dgn fungsi2 yg menarik… pakcik google mmg mantop la.

  2. Amin pada 29 Sep 2009

    Servis ni memang wow dan begitu cool! Saya nak godek2 habis2 servis ni. Mungkin servis ini boleh dijadikan medium untuk marketing strategy. Hehehe…

  3. loq pada 29 Sep 2009

    produk hebat dari google
    cool

  4. Adney pada 29 Sep 2009

    google selalu mcm ni… hehe

  5. safar pada 01 Oct 2009

    jadi inilah Google Wave…..

  6. safar pada 02 Oct 2009

    sudah siap sedia nampaknya………..


Tinggalkan Komen Anda