• Rekabentuk Firefox 3.7 Makin Menyerupai Chrome

    Sebelum ini, Mozilla telah memperlihatkan beberapa perubahan rekabentuk yang mana bakal diperkenalkan mulai Firefox 3.7. Perubahan rekabentuk ini bakal mengutamakan sistem operasi Windows Vista dan Windows 7, yang mana membawakan sokongan Aero Glass kepada kedua-dua sistem operasi Windows tersebut.

    Firefox 3.7
    Rekabentuk Aero Firefox 3.7

    Buat masa ini, kebanyakkan pelayar web sudah pun mula menyokong Aero Glass, dan Firefox agak ketinggalan dalam perkara tersebut. Perkara ini, kini mendapat keutamaan di dalam pembangunan Firefox 3.7 yang mana dijangka akan dilepaskan pada bulan Mac hadapan.

    Selain daripada itu, sistem navigasi Firefox 3.7 juga bakal menerima perubahan. Sistem navigasi tradisional, kini digantikan dengan hanya dua navigasi utama, iaitu Page dan juga Tools. Bentuk navigasinya kini menyerupai sistem navigasi pada Chrome, dimana melaluinya, ianya memberikan lebih ruangan kepada pengguna untuk melayari laman web.

    Selain daripada itu, butang Stop dan Reload juga akan digabungkan dalam Firefox 3.7 kelak, kerana penggunaannya saling berkaitan. Buat masa ini kedua-dua butang Stop dan Reload diasingkan, dan ini memakan sedikit sebanyak ruang pada tetingkap Firefox. Mulai Firefox 3.7, kedua-dua butang ini akan digabungkan bersama.

    Buat masa ini, Mozilla sedang giat membangunkan Firefox 3.6 yang mana dijangka akan dilepaskan pada hujung tahun ini, selain pada masa yang sama, membangunkan Firefox 3.7 yang dijangka akan dilepaskan pada awal tahun hadapan.

    Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.

13 Komen

  1. finalcross on 24 Sep 2009

    Hmmm,sekarang mmg musim aero2 je la. nak memikat pengguna la katekan.

  2. Hafidz on 24 Sep 2009

    Fuh~ Firefox semakin canggih! =P

  3. Adney on 24 Sep 2009

    X sabar la nak tunggu.. versi beta x dek ker? nak download terus .. hehe

  4. Akmal Hisyam on 24 Sep 2009

    mmg ada rupa mcm Chrome..
    tp chrome lg best kot..
    hehe..

  5. titan on 25 Sep 2009

    firefox aku bermasalah. nak uninstall. pastu install balik. camtu gak. hampeh tul. Terpaksa pakai IE nih..

    • lut on 27 Sep 2009

      masalah ko macam mana ? Firefox jadi lembab ek ? akunye jadi macam tu..pastu uninstalll intsall balik..sama gak.

  6. oh!dawie on 25 Sep 2009

    Bro..leh install firefox nie dlm fon x? (siyes jer tanye )
    haha…men2 jer..

  7. safar on 25 Sep 2009

    butang stop dan reload buat aku minat tu.
    tak payah susah-susah cari butang stop
    dan reload lagi….

  8. Rjuna on 25 Sep 2009

    Tab dia menyerupai Opera 10, gabung jela ngan opera kan senang hehe, lawan sama itu Chrome

  9. ramzy0 on 26 Sep 2009

    lol titan, angkat opera lew, baru best. hahaha, gue ni komen-komen opera, borink aman baca lol. hard-fans opera sehhh

  10. lut on 27 Sep 2009

    aku skung tgh seghonok guna Opera.

  11. reezluv on 27 Sep 2009

    bila keluarnya tu ye?hehe

  12. Taufik SM on 25 Nov 2009

    wow…. i like firefox but hate IE


Tinggalkan Komen Anda