Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti yang sedia maklum, kata kunci Merdeka gagal menjadi topik terhangat di Twitter. Namun begitu, hari ini, kata kunci Selamat Hari Raya dan juga Syawal 1430H menjadi antara topik terhangat di Twitter, selain daripada topik Ramadhan dan Sidang.

10 Topik Terhangat Di Twitter
Hal ini sebenarnya bukan dijayakan oleh orang Malaysia sahaja, tetapi dijayakan bersama oleh orang Indonesia sekali. Hampir 4 topik yang dibincangkan di Twitter pada masa sekarang adalah berkaitan dengan AidilFitri esok. Kata kunci Sidang pula adalah berasal daripada Indonesia, iaitu penetapan AidilFitri esok, manakala Ramadhan terhasil kerana hari ini merupakan hari terakhir Ramadhan, selain Syawal 1430H dan Selamat Hari Raya adalah disebabkan perayaan AidilFitri esok hari.
Sebelum ini Nizar pernah menjadi antara topik terhangat di Twitter ketika berlakunya masalah perebutan kuasa di Perak tempoh hari.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wakaka.. tak payah buat kempen dalam dah boleh jadi trend
tau xpe tak yah kempen merdeka tu pun leh jadi trending topic..kah3
lepas ni topik apa pulak.
wah bagus la dapat jadik trending topic
tapi aku tengok #raya tak de pon
haha
sebab ramai yang buat #raya
wahh, kalau twitter merdeka 2009 haritu menjadi, bestla. tapi tidak kan. kita cuba tahun depan pula
Haa, ini baru la trending topic ikhlas.
Yang merdeka hari tu banyak sangat spam, tweet yang takde kaitan merdeka pun letak hashtag merdeka gak.
Caiyolah, bkn sgt nk dpt tempat.
Selamat hari raya Aman.
Semoga ceria sokmo.
kali baru aku nampak katakunci menjadi
topik terhangat.tiada siapa pun merancang
nak ber’Twit sangat sempena 1 syawal.
hoho..memang sekarang ni pengguna Twitter Malaysia dah boleh jadikan apa2 topik sebagai trending topic..memang best..hoho..
heh, topik paling cara nampaknya =P
Selamat Hari Raya Aidilfitri Amanz! =)