Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama, kini Facebook membawakan fungsi seakan Twitter, iaitu fungsi untuk menujukan kemaskini status atau membuat pautan ke profail rakan Facebook anda dengan penggunaan simbol “@”. Ianya buat masa ini sedang diperkenalkan kepada semua profail pengguna secara berperingkat.

Penggunaan @ Pada Kemaskini Status
Kini, ketika anda mengemaskini status pada Facebook, ketika anda menaip simbol “@”, anda akan diperlihatkan dengan senarai rakan-rakan anda untuk dipilih, dimana anda ingin tujukan mesej tersebut. Anda juga turut boleh menujukan kemaskini status tersebut kepada applikasi, halaman peminat (fan pages), groups dan sebagainya yang terdapat di Facebook.
Fungsi ini yang serba-sedikit dilihat diambil daripada populariti penggunaannya di Twitter akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini. Ia juga akan kelak diperkembangkan pada aplikasi pihak ketiga, seperti TweetDeck dan Seesmic dalam masa terdekat.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
semakin mendapat perhatian pula. pelbagai cara untuk menarik lebih ramai peminatnya.
ps – abis lah projek kita ha3.
Pastu terus boleh link ke profile Facebook member tu eh. Nice nice.
Bertambah banyak la cara aku nak annoy member2 kat Facebook dengan notification yang tak berkesudahan
ko maksudkan aku kah? kahkahkah
Oo ko la selama ni yang dok menghantar notification eh. Ish ish ish.
wah cool cool.. didnt know about this if you tak post about it.
Xjadi pon. >_<
Masih dalam pembangunan sebenarnya, tak release lagi ^_^
baru Beta rupanya.patutlah buat tak tahu je….