• Twitter : Medium Penyampaian Maklumat Terpantas

    Hari ini, sekali lagi nama Malaysia tersenarai dalam senarai topik terhangat di Twitter disebabkan oleh gegaran yang dirasakan akibat gempa bumi di Selatan Sumatera, Indonesia, iaitu lebih kurang 475 km dari Kuala Lumpur pada magnitude 7.6.

    Twitter Trending
    Topik Terhangat Di Twitter

    Selain pada Twitter, ramai pengguna Facebook juga berbincang mengenainya, selain menggunakan beberapa aplikasi web yang lain untuk mengemaskini status masing-masing, bagi memberitahu rakan-rakan mereka yang lain. Malah menariknya, pada Google Maps juga turut ditandakan lokasi gegaran tersebut berlaku.

    Google Maps
    Lokasi Gegaran Pada Google Maps [via]

    Kini, dengan teknologi dan kesedaran web yang makin meningkat dikalangan pengguna Malaysia, informasi berguna seperti ini dapat disampaikan dengan lebih pantas lagi, dan sekaligus mengelakkan rakyat dari mendekati dan pergi ke kawasan yang berbahaya. Mungkin sekiranya teknologi seperti ini diperkenalkan terlebih dahulu, angka korban ketika Tsunami tempoh hari dapat dikurangkan.

7 Komen

  1. aMaNz on 30 Sep 2009

    Google Wave-kah ini?

  2. Jaws on 30 Sep 2009

    twitter best!!!
    hahaha..
    tak sangka ade earth quake tadi..
    huhu..

  3. alone on 02 Oct 2009

    ya.. semoga dengan kesdearan teknologi.. angka yang terlibat dapat dikurangkan. InsyaAllah.

  4. zool on 03 Oct 2009

    Biasalah topik semasa..
    Lepas 2-3 minggu hilang…

  5. safar on 03 Oct 2009

    Malaysia hebat.kemaskini Twitter melalui sms.
    hebat terpantas.

  6. Motivasi Kerja on 06 Oct 2009

    Malaysia pun lepas ni mungkin akan termasuk dalam lingkaran gunung berapi aktif. Dunia semakin tua. Kejadian tak dapat diramalkan.

  7. chokilala on 09 Oct 2009

    patutnya jabatan penerangan awam yakni jabatan yang terlibat dalam hebahan umum mempunyai akaun twitter. boleh hebahkan apa-apa bencana atau berita dengan pantas dan orang boleh retweet

    jabatan kerajaan patut celik it sikit, ikut rentak rakyat. info kita sekarang banyak daripada internet seperti blog, facebook dan twitter. ini tidak, laman web diaorang mesti paparan suruh guna IE. wekkk~


Tinggalkan Komen Anda