16Sep

Vivox Membawakan Voice Chat Pada Facebook

Web 2.0

Mungkin buat masa ini, ramai pengguna yang aktif pada Facebook, sudah pun pernah mencuba fungsi sembang yang diintergrasikan padanya, selain disokong oleh beberapa pihak ketiga seperti di Flock, Meebo dan sebagainya. Menariknya, melalui kerjasama bersama Vivox, Facebook bakal memperkenalkan fungsi sembang bersuara (Voice Chat).

Vivox
Halaman Aplikasi Vivox Pada Facebook

Ianya bukanlah salah satu fungsi yang dibangunkan oleh Facebook, sebaliknya ia merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan pihak ketiga, iaitu Vivox, yang mana membolehkan para pengguna Facebook bersembang antara rakan-rakan mereka di Facebook. Fungsi yang masih dalam peringkat private-beta ini dijangka akan diperkembangkan untuk membolehkan para pengguna membuat panggilan kepada rakan mereka yang tidak mempunyai akaun Facebook juga.

Buat masa ini, Vivox memang merupakan salah satu syarikat yang menyediakan platfom sembang bersuara kepada beberapa syarikat dan aplikasi, termasuk untuk permainan popular, SecondLife, dan juga Sony Online Entertainment. Mungkin aplikasi ini pada Facebook kelak akan dapat menarik pengguna Skype, dan memberikan cabaran kepada Skype dan Google Voice.

Kredit : Asblogger. Hantarkan tips anda kepada @amanfirdaus.


Pembangunan WordPress 2.8 Sudah Di Mulakan
Facebook Membeli Aset Dan Teknologi drop.io
Twidroyd Dan UberSocial Kembali Aktif Semula
Coopown Menawarkan iPad 2 Dan Galaxy Tab Sebagai Hadiah Pra-Pelancaran
Laman Diskaun.my Menyertai Arena Platform Jual-Beli Sosial Di Malaysia

5 Komen

  1. mohdisa pada 16 Sep 2009

    wah makin menariklah facebook lepas ni. tp hopefully dorg takkan terikut jejak langkah ms and fs. kekalkan yg sekarang ni pun dah ok. :)

  2. Sham Hardy pada 16 Sep 2009

    berita terbaru, Facebook sendiri akan lancar Google voice chat dia sendiri: http://mashable.com/2009/09/15/facebook-voice-chat/ ;)

  3. infrablue pada 16 Sep 2009

    nampaknya semakin ramai warga malaysia yg akan menjadi penagih Facebook.

  4. kaizer pada 16 Sep 2009

    bila kita leh guna aplikasi tu ye.mcm best je kan aplikasi mcm ni.

  5. safar pada 16 Sep 2009

    Facebook tetap mahu pengguna tertarik dengan produk mereka.
    bagus juga tu ada saingan.Google tak tahulah nak buat apa.


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader