11Sep

Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB

Yahoo!

Jikalau sehingga kini, fail yang dihantarkan bersama emel di Yahoo! hanya boleh sebesar 20MB sahaja, kini ianya tidak lagi. Anda kini boleh menghantar emel dengan fail yang lebih besar, melalui kerjasama Yahoo! dengan Drop.io, dimana anda boleh menhantar fail sebesar 100MB yang dihoskan di Drop.io dengan mudah.

Yahoo! Mail dan Drop.io
Antaramuka Penghantaran Fail Lebih Besar Melalui Drop.Io

Menariknya, anda tidak perlu mendaftar sebarang perkara pada laman Drop.io. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu klik pada “Attach Large Files”, dan seterusnya anda sudah boleh memilih fail yang ingin dihantarkan. Ini semua dilakukan melalui antaramuka Yahoo! Mail itu sendiri.

Penerima emel tersebut pula, nanti boleh memuat-turun fail tersebut secara berasingan ataupun sekaligus dengan mudah sekali. Fungsi ini dibina pada API Drop.io yang mana sekaligus memasarkan Drop.io sebagai penyedia ruangan untuk mengehos fail.


Menarik Sepanjang 2008
Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial
Yahoo! Mail Beta Kini Menyokong Facebook Chat
Yahoo! Malaysia Kini Dijana Oleh Bing
Sah : Presiden PayPal Kini Adalah CEO Yahoo!

12 Komen

  1. zelo55 pada 11 Sep 2009

    ak suke interface baru yahoo mail ni…
    sangat best!
    sbb ak ni pgguna yahoo mail dr dulu…
    rase bezanya dari segi kelajuan…mantop!

  2. JHafiz pada 11 Sep 2009

    tu dia… attach LARGE file… puas hati btul.. alhamdulillah, teknologi dah memudahkan kehidupan manusia…

  3. MK pada 11 Sep 2009

    Waow, besar dah tu 100MB. Gmail attachment limit dia berapa eh, tak pernah lak nak ambil tahu, huhu.

    Kalau size limit dia 700MB laagi best, member aku selalu je mintak hantarkan CD Windows melalui emel =.=

    • Anarm pada 11 Sep 2009

      gmail attach file 20mb je kot..

      • MK pada 11 Sep 2009

        Oyeke. Sikitnye. Nasib baik storage besaq.

        Cuma Gmail kengkadang leceh sikit sebab tak bagi hantar executable (yela, untuk security kan).

  4. Eriyza pada 11 Sep 2009

    Caiyolah Yahoo.
    Mmg yahoo sungguh laa.

  5. AK pada 11 Sep 2009

    … cambest

  6. megat pada 11 Sep 2009

    adeh semakin menarik pula perkhidmatan dari yahoo ni. 100MB besar tu.

  7. Kill-Vearn pada 11 Sep 2009

    erk takleh besar lagi ke? sape la nak antar file guna email.. lama tu nak attach..

  8. safar pada 12 Sep 2009

    bagaimana gmail nak cari makan ni.baru je lepas fasa Beta.dah yahoo mengungat kembali.

    • Fatin Pauzi pada 12 Sep 2009

      Ni la persaingan yang bagus. Aku tengok macam yahoo menikus je ngan google. Dulu la. Sekarang cm tak menikus da. hehe

  9. Fatin Pauzi pada 12 Sep 2009

    Kat mane button ‘attach large files’ tu ek?


Tinggalkan Komen Anda