-
Adakah Chrome OS Bakal Saingi Windows 7?
Google dan Microsoft sememangnya bersaing antara satu sama lain dari pelbagai sektor sejak dulu lagi. Selepas mengumumkan Chrome OS tidak lama sebelum ini, kini beberapa paparan antaramuka sistem operasi Chrome OS mula kelihatan di alam maya ini.
Ianya semua bermula apabila seorang peminat sistem operasi daripada Google ini mengenal pasti folder khas pada laman pembangunan Chrome, dan mencubanya terlebih dahulu. Menariknya, beliau berjaya mencubanya terlebih dahulu sebelum Google mengeluarkan fail-fail berkenaan daripada laman tersebut.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat awal pembangunan, dan fungsi yang ditawarkan olehnya juga amat minimum sekali buat masa ini. Malah, untuk menggunakannya, anda masih memerlukan sistem operasi Linux yang lain, seperti Ubuntu.

Melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan, anda boleh melihat sebuah logo khas Chrome OS pada penjuru kiri, manakala jam dan beberapa pautan tambahan pada penjuru kanan. Ianya masih lagi dalam bentuk minimal, dan banyak fungsi lain yang masih belum diketahui lagi.
Selain daripada itu, esok, Google bakal mengadakan acara khas yang mana berkaitan dengan Google Chrome OS. Mungkin kita akan mendapat maklumat tambahan berkaitan sistem operasi daripada Google ini esok. Dengan pembangunanya yang agak drastik buat masa kini, adakah kita akan dapat melihat sesuatu inovasi dalam sistem operasi dalam masa terdekat ini, ataupun adakah Google Chrome OS ini akan memberikan impak kepada Windows 7?
10 Komen
aku rasa aku ada jumpa link installer dia ni. cuba tengok kat sini.
http://www.omgubuntu.co.uk/2009/10/chromeos-pictures-google.html
sila cuba, he he..
klau nak compare chrome dgn lain-lain open source pnya os boleh ah.. tapi kalau nak compare dgn commercial punya os tak dapat la kot.. hehe lagipun w7 org kata bgs.. so x de sbb ah nk pg ke bnda ln..
maybe patut compare dari segi penembusan penggunaan Chrome OS vs Win 7 kelak pada netbook.
good luck Google Chrome OS
Chrome is ok lah for me. itupun cuz xtry lagi windows 7. hahaha
Tengoklag dahulu sekiranya peminat.
kalau tidak ubuntu dan apple Mac Os
tetap jadi pilihan.
Windows 7 tetap no. 1!
aku rasa x kot, sbb crome os ni base dr linux,mybe pengguna linux je la yg leh sesuaikny, tp klu pengguna ms windows ssh nak beralih ke crome os, nak beralih ke linux pun dah ssh, tp xtau la akn dtng mcm ne..kt tgk je la.
tak semestinya. sekarang ni dh mula trend syarikat2 komputer buat dual boot dgn OS lightweight dan OS biasa, dan biasanya lightweight ni utk kegunaan instant-on (check emel jap, ym jap, bukak movie, etc.) dan CHROME OS ni antara candidate yg nmpk berpotensi gak utk dijadikan lightweight OS. tp persaingan byk sgt la, phoenix pun ada instant-on os dia sndiri, yg lain2 pun ada gak wt optimisation pada linux utk wt OS-OS yg boleh bukak kejap ni.
so Chrome OS ni ada potensi utk dpt market adoption yg tinggi tanpa cannibalise OS lain. dari awalnya ia kelihatan direka utk co-exist ngan OS utama. dan walaupun dlm byk persaingan, google ni marketing dia pandai sket, so mmg senang je dia ntuk convince manufacturer utk preinstall Chrome OS (kot)
tp pape pun, aq x brape minat la dgn bnda2 yg Made-By-Google ni. tgk la Android, Chrome OS, Chrome browser, bnda2 dia keluarkan free. cmne diorg nk dpt pulangan? of course la dgn hasil pendapatan search engine (x yh bayar kt 3rd party utk search results), dan juga x dinafikan dgn pengorbanan privacy. so bnda2 ni sebenarnya bukannya free.
Big brother is watching you.
macam mana dengan apple dgn leopardnya ..
itu merupakan saingan sebenar Windows!