Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Semalam, bersama-sama pelancaran Windows 7, Apple mengumumkan pada masa yang sama iaitu mereka kini menyokong sistem operasi Windows 7 melalui Snow Leopard dan juga Boot Camp. Untuk membolehkannya, anda hanya perlu mengemaskini perisian anda, supaya Boot Camp boleh menyokong sistem operasi Windows 7, sama seperti versi Windows yang lain.
Melalui sebuah dokumen khas, Apple memaklumkan yang mana Mac akan menyokong Windows 7 (home Premium, Professional, dan juga Ultimate) melalui Boot Camp yang terdapat pada Snow Leopard. Walaubagaimanapun proses ini mengambil masa sedikit, dan sokongan sepenuhnya bakal diperkenalkan menjelang akhir tahun ini.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, beberapa komputer Mac yang lama, masih tidak menyokong Windows 7 melalui Boot Camp. Kebanyakkan mesin yang tidak disokong adalah keluaran tahun 2006 dan sebelumnya.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mcm ader udang nalik mee je MAC nih…mesti nak kongsi pelanggan microsoft…. hehehe….
boleh nak sokong windows 7.agak Mac mesti
ada rancang sesuatu.
Mac memang perlu menyokong produk microsoft, sebab pengguna Mac macam saya masih menggunakan Windows pada Mac.
kami tetap menyokong LINUx dan menolak windows yang kapitalis.
kenape plak Windows Kapitalis? Adakah mereka memaksa anda untuk menggunakannye?
ahaks..best2..tunggu dulu la nampaknya nak amek mac..hehe
tidak paksa,tapi sifat *Imperialism* microsoft yang secara halus memonopoli bidang perkomputeran..
anyway, ni la sebabnye aku beli mac =)
start saving utk mendapatkn Mac…. ble la agak nyer ley pkai…. huhuhu
bukan keyboard mac ngan pc windows laen ke?