Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bagi para peminat antivirus AVG, AVG versi 9.0 kini sudah boleh dimuat-turun dan dicuba, yang mana membawakan sokongan khas kepada sistem operasi terbaru Windows, iaitu Windows 7. Bermula semalam, para pengguna sudah boleh mendapatkan AVG Internet Security 9.0, AVG Anti-Virus 9.0 dan AVG Firewall 9.0.

Antaramuka AVG 9.0 Yang Lebih Kurang Sama Dengan AVG 8.0 [via]
Kesemua produk terkini AVG ini membawakan sokongan kepada sistem operasi 32-bit dan juga 64-bit. Menariknya, AVG merupakan antivirus terawal yang memberikan sokongan penuh kepada sistem operasi Windows 7, sejak awal Januari 2009 lagi.
Melalui AVG 9.0, pembuat antivirus tersebut membawakan kepantasan dan penjimatan penggunaan memori berbanding sebelumnya. Masa untuk scan virus dikurangkan sehingga 50%, manakala penggunaan memori dikurangkan sehingga 15%. Selain daripada itu, fungsi perlindungan masa-nyata pada AVG 9.0 juga membawakan perlindungan penggunaan cloud-computing, serta beberapa perkara lain pada masa-nyata.
AVG Internet Security dan Anti-Virus masing-masing berharga antara $35 hingga $50. Anda juga boleh mencuba AVG Free 8.5 yang juga turut sama menyokong Windows 7 dan menyediakan fungsi-fungsi asas dalam perlindungan komputer.
11 Komen
Tinggalkan Komen Anda
harap2 la menjadi..sebab kadang2 avg ni sehari tak update macam setaun tak berupdate..hu3..terus tak leh buang virus..hu3..juz detect only..
canggih! camtulah… dah jd ringan,dah makin cntik, hrp2 ‘definition @ update’nya btol2 mengikut peredaran semasa la utk melawan virus2 jahat & terkini.
AVG ni bagus. Cume dahulu saya x gunekannye kerana berat dan makan memori banyak. Sekarang saye preferred AVIRA. Tunggu key tamat tempoh, insyaAllah try AVG.
aku pakai avast
macam ringkas sangat je.boleh diharap ke hapuskan virus.
nak tukar ke Windows 7 takut.sebab antivirus masih tak
sokong Windows 7.
anyone use fsecure?
nanti aku tanye abg aku..member rapat dia keje kat f-secure..mmg bapak coding member dia tuh..dengar kata baguih jugak..
AGV ni ok ke? banyak member cakap AGV ni K.O.
Aku pakai Avira je buat masa ni..
Malas nak tukau
bagi aku la, avg ni dia upgrade la mcm ne pon, ia tetap satu AV yg fail!
Aku rasa la kan…Kaspersky lagi baguih & termantopp…xcaya hangpa try la..maleh nk cerita lebat2 ni…huhu~