-
AVG Antivirus 9.0 Free Di Lepaskan
Setelah memperkenalkan AVG 9.0 tempoh hari, hari ini, versi percuma antivirus popular ini turut dikemaskini kepada versi terkini, iaitu AVG Free 9.0, yang mana membawakan perlindungan asas daripada virus dan juga spyware untuk sistem operasi Windows.

Antaramuka AVG 9.0 Yang Lebih Kurang Sama Dengan AVG 8.0 [via]Hampir 80 juta pengguna menggunakan aplikasi perlindungan daripada AVG ini, dan untuk melindungi mereka daripada virus dan spyware yang mana boleh mengganggu sistem operasi mereka, AVG memperkenalkan beberapa fungsi baru dari masa ke semasa. Salah satu fungsi baru adalah LinkScanner, yang mana melindungi anda daripada melayari laman-laman yang berbahaya dan disyaki mempunyai virus atau malware.
Selain daripada itu, AVG Free 9.0 kini menyokong sepenuhnya Windows 7 yang mana bakal dilepaskan hujung bulan ini kelak. Prestasi penggunaan juga dipertingkatkan, sekaligus mengurangkan penggunaan sumber tenaga komputer anda. Anda boleh memuat-turun AVG Free 9.0 yang bersaiz lebih kurang 72MB dan mencubanya pada kompuer anda secara percuma.
Tips oleh AsBlogger. Hantarkan tips berita teknologi terkini kepada @AmanFirdaus
9 Komen
best ke AVG eh? dengar2nye low sgt protection die. prefer Avira n Kaspersky much more..
Avg lagi……. huhuk
aku mmg guna benda free ni je la.. takde guna yang bayar2 ni.. masa untuk upgrade ke versi terbaru ni.. hehe~
nice. tapi aku prefer avira =p
avira tetap yg terbaik
haha..
aku ttp setia dgn avira..
Beri aku cuba yang percuma dulu.kalau tak bagus
simpan duit lagi bagus.
stay dgn NOD32 sudah..
Kaspersky..