23Oct

Belanjawan 2010 Dan Dunia ICT Negara

Lain-lain

Belanjawan 2010 akan dibentangkan dalam beberapa jam sahaja lagi, dan menariknya, MDeC, salah satu badan dibawah MSC Malaysia mempunyai beberapa harapan dalam menggalakkan Industri Kecil dan Sederhana melabur dalam teknologi ICT, suapaya ianya membawakan pertumbuhan kepada industri negara.

Malaysia mempunyai banyak syarikat kecil dan sederhana, tetapi kurang menggunakan ICT dalam meningkatkan pendapatan mereka, justeru itu, cEO MDeC berharap lebih banyak insentif diberikan untuk membantu penggunaan teknologi dalam industri kecil dan sederhana.

Pada masa yang sama, PIKOM turut berharap agar Belanjawan 2010 menyertakan sekali insentif untuk mengalakkan penggunaan PC di Malaysia. Pada masa kini, sebanyak 35% pengguna mempunyai PC di rumah, berbanding dengan negara lain yang sudah mencecah 75%. Sebelum ini, pada tahun 2000, kerajaan ada memperkenalkan skim membeli komputer melalui wang KWSP, namun perkara tersebut dihentikan selepas dua tahun disebabkan penyalah-gunaan duit KWSP untuk membeli perkara lain.

Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak (@NajibRazak) bakal membentangkan Belanjawan 2010 petang ini, yang mana anda boleh ikutinya melalui laman Kementerian Kewangan Malaysia. Anda juga boleh mengikuti siaran Belanjawan 2010 melalui Hypp.TV bermula jam 4.00 petang ini.


Nokia Menamatkan Chat, Dan Kenalkan Ovi
Intipati Belanjawan 2010 Untuk Dunia ICT Negara
Lebih 458 Telah Hadirkan Diri Ke #Oct23rdTwtUp
Akaun Zuckerberg Akaun Paling Popular Di Google+
AirAsia X Bakal Menawarkan Galaxy Tab Dalam Penerbangan

4 Komen

  1. apiz pada 23 Oct 2009

    Ni kire bantuan le ye..?

  2. adrenal pada 23 Oct 2009

    salam bro..

    nak dapat bantuan pembiayaan daripada mdec agak sukar sbenarnya dan amik masa yg lama utk proses..agak melecehkan jgk la..hurrmmm..

  3. Adney pada 23 Oct 2009

    Masalah di Malaysia adalah barangan Elektronik agak mahal berbanding negara2 maju. Cukai agak tinggi. Harap Kerajaan dapat kurangkan cukai selepas ini.

    ~~~sambil melutut~~~

  4. Roslan Nazri pada 24 Oct 2009

    yeah datok amanz nak bentang bujet.. i like! huhu

  5. safar pada 24 Oct 2009

    Twitter PM.aku pun perlu bantuan.jadi tolonglah
    aku ye.

    macam Adney cakap tu.betul harga mahal.aku sendiri
    tak mampu nak beli.


Tinggalkan Komen Anda