28Oct

Carian Sosial Google Kini Sedia Di Cuba

Google

Pada minggu lepas, ketika Microsoft mengumumkan kerjasama bersama Twitter, Google turut sama mengumumkan kerjasama mereka bersama Twitter. Dan menariknya pada masa yang sama, selepas mengumumkan kerjasama mereka bersama Twitter, mereka turut memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil Social Search.

Social Search yang diperkenalkan oleh Google membawakan kombinasi hasil carian daripada laman blog rakan-rakan anda, termasuk juga beberapa laman lain seperti Twitter, FriendFeed, Flickr dan beberapa laman sosial yang lain, dengan syarat anda sudah pun menghubungkan akaun sosial tersebut pada profail Google anda. Anda kini sudah boleh mencuba fungsi Social Search ini yang mana boleh didapati melalui Google Labs.

Carian sosial ini, selepas diaktifkan pada Google Labs, ianya akan memaparkan beberapa keputusan carian daripada laman sosial anda, seperti gambar-gambar berkaitan daripada Flickr rakan anda, tulisan blog rakan anda, atau kemaskini status daripada rakan-rakan anda. Pada masa yang sama, keputusan carian biasa juga turut dipaparkan sekali.


Blogspot Membawakan Fungsi Halaman Statik
Google Buzz Memperkenalkan Fungsi Reshare
YouTube Memperkenalkan Sokongan Untuk Video 4k
Chrome 15 Bersama-sama Dengan Halaman Tab Baru Dilancarkan Google
Google Bakal Mengeluarkan Peranti Dengan Jenama Tersendiri?

1 Komen

  1. Adney pada 28 Oct 2009

    coolll

  2. safar pada 28 Oct 2009

    Cuba??? apa tu negara ke.hehehe…..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader