20Oct

CiMB Bank Memperkenalkan Aplikasi iPhone

Apple, Lain-lain

Nampaknya dunia iPhone di Malaysia akan menarik apabila aplikasi demi aplikasi dibangunkan untuknya. Terkini, CiMBClicks memperkenalkan aplikasi khas untuk iPhone, yang mana dengannya para pengguna boleh mengetahui baki akaun CiMB Bank mereka dengan mudah.

CIMB App

CIMB App
Antaramuka Aplikasi CIMB Bank Pada iPHone

Melalui aplikasi iPhone ini, CiMB menjadi bank pertama tempatan yang menawarkan kebolehan untuk memeriksa baki akaun bank melalui aplikasi iPhone. Selain daripada mengetahu baki akaun, para pengguna juga boleh mengetahui lokasi Cawangan CiMB Bank yang berhampiran, pertukaran mata wang asing semasa, serta mengira pinjaman dengan mudah.

Pada masa yang sama, CIMB Bank dan juga Maxis bekerjasama dengan memperkenalkan kempen khas untuknya, yang mana menawarkan empat hadiah berupa iPhone kepada para pelanggan CIMB menerusi transaksi tertinggi pembayaran melalui CIMB Clicks.


Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan
P1 : RM300 Juta Di Peruntukkan Untuk Tahun 2010
Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies
HTC Flyer Dan Desire S Bakal Dilancarkan Jumaat Ini?
Nokia, Samsung Dan Apple Kini Merupakan Tiga Pengeluar Telefon Bimbit Utama Dunia

4 Komen

  1. Hairul pada 20 Oct 2009

    Application ni compatible dengan software 3.1 dan ke atas sahaja, kan?

    Alahai, jailbreak untuk version dah ada ke? Kalau dah ada, boleh la nak upgrade ke version 3.1. =)

  2. fareast pada 20 Oct 2009

    Harap-harap aplikasi ini percuma sahaja, senang sikit.

  3. Adney pada 20 Oct 2009

    Untuk Sony Erickson x dek ke aman? heeeeeeee (:

  4. safar pada 20 Oct 2009

    bertambah hebat iphone buat masa kini.
    cimb nak ambil kesempatan yang ada.kalau
    tidak rugilah mereka.


Tinggalkan Komen Anda