24Oct

Facebook Memperkenalkan Rekabentuk Feed Baru

Web 2.0

Setelah beberapa ura-ura kedengaran berkenaan rekabentuk semula laman Facebook, kini rekabentuk baru tersebut sudah boleh dilihat dan dicuba pada Facebook. Antara perkara baru yang diperlihatkan adalah fungsi untuk melihat News Feed ataupun Live Feed.

Facebook
Pilihan Live Feed dan News Feed Pada Facebook

Setelah anda log masuk ke laman Facebook, anda akan dapat melihat kemaskini semasa rakan-rakan anda dalam dua bentuk berbeza, iaitu News Feed dan juga Live Feed. Secara asasnya, News Feed memperlihatkan anda berita-berita dan kemaskini status rakan-rakan anda yang menarik, dan sebaliknya, Live Feed memperlihatkan segala kemaskini rakan-rakan anda mengikut masa. Pada masa yang sama, anda boleh mengubah apa yang anda ingin lihat pada halaman utama anda melalui pautan Edit Options pada bahagian bawah halaman tersebut.

Pada masa yang sama, Facebook juga kini memperlihatkan perubahan pada profail rakan anda, seperti rakan terkini yang di tambah, dan sebagainya, membolehkan anda mengikuti rakan-rakan anda dengan lebih mudah lagi. Kemaskini rekabentuk ini diperkenalkan hari ini, dan sudah boleh dicuba oleh semua pengguna.


GrabMyAds Mengikut Jejak Langkah GoKita
Ujian Alpha Diaspora Sebelum Penghujung November
MyFriends2U Bakal Memperkenalkan Aplikasi BlackBerry
WordPress 3.2 Beta 1 Membawakan Fungsi Dan Tema Baru
Aplikasi iOS Oh!MediaFM Dilancarkan

16 Komen

  1. myfr3ak pada 24 Oct 2009

    itu la, baru tadi perasan, tuptup da ada review..laju! terbaek!

  2. Jaws pada 24 Oct 2009

    wah,,
    mantap!!
    hehe,
    padahal aku takde facebook pon..
    kehkleh..

  3. aktechpage.com pada 24 Oct 2009

    Patutlah 2/3 hari ni aku susah nak login FB, duk tgh modified rupanya….

    Thanks for sharing the info…

  4. GOZEKO pada 24 Oct 2009

    Menarik nih..mantap

    Jaws..buatlah satu..confirm meletups

  5. denaihati pada 24 Oct 2009

    mula-mula pening juga aku…
    nampak lebih tersusun sikit kot

  6. razfira pada 24 Oct 2009

    lg bagus ke? mcm pening sket la… highlight kat tepi tu da xde la?

  7. xun pada 24 Oct 2009

    hensem la plak mamat baju merah tu. haha. :P
    aku on status update je. xmo quiz2 ni. menyampah!

  8. Sifu LAN pada 24 Oct 2009

    oooo.. macam tu ker.. baru faham..
    thanks for sharing bro.. :D

  9. zamara pada 24 Oct 2009

    oh baru saya paham,…thanks for ur info…tapi apa kelebihan nyer

  10. lazaac pada 25 Oct 2009

    bagus la korang suma suka… kat tmpt aku belajar skrg ni, suma nyer xsuka (kecuali aku)… siap join group lagi tu… “WE HATE THE NEW FACEBOOK UPDATE!!!!! FIX IT.” kelakar tgk org yg xtau pape… bagi aku, facebook semakin cun! ;)

  11. safar pada 25 Oct 2009

    membawa pembaharuan setiap masa.takut hilang
    pengguna.Facebook ni memang betul-betul laman
    social.tak macam myspace.

  12. king pada 26 Oct 2009

    patot la pyah nk login facebook…tngah upgrade rupenyer..

  13. kodin pada 27 Oct 2009

    bagi siapa yg nak balik Status Update macam asal, just drag tab “Status Updates” yang kat belah kiri tu, drag letak kat atas sekali..

    nanti jadi macam asal balik :)

  14. Adney pada 27 Oct 2009

    feed baru ni agak feninnn… tapi klo nak diikutkan ade kebaikannye juga cume agak boring berbanding jenis lame…

  15. muhdzahari pada 28 Oct 2009

    facebook lite pula dah ada modifikasi di bahagian butang setting dan logout.

  16. Qubezo pada 23 Nov 2009

    Rasanya tak semua orang suka feed baru ni. Dia macam agak leceh sikit berbanding dengan dulu. Tak silap sampai diorang buat satu group just nak tentang update baru ni. Macam2 haha.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader