15Oct

Firefox 3.6 : Web Mengikut Orientasi Laptop

Perisian, Sumber Terbuka

Satu perkara yang menarik pada Firefox adalah inovasinya dari hari ke hari. Terkini, mereka memperlihatkan sokongan untuk memperlihatkan halaman web mengikut orientasi laptop anda. Ianya merupakan salah satu fungsi baru yang dibangunkan untuk Firefox 3.6.

Ianya sebelum ini dibangunkan khas untuk pelayar web mudah alih Mozilla. Namun begitu, setelah mengambil-kira beberapa perkara, mereka membuat keputusan untuk memperkenalkannya pada versi desktop bersama-sama dengan versi mudah-alih kelak. Walaubagaimanapun, bukan semua laptop dan notebook yang menyokong fungsi orientasi ini buat masa ini. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih menarik, anda boleh menonton video ringkas berikut:

Mozilla Firefox 3.6 dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun ini, yang mana bakal membawakan beberapa perkara dan fungsi baru, selain menyokong teknologi-teknologi baru.


Opera 10.52 Untuk Windows dan Mac Di Lepaskan
Terato Tech Memperkenalkan Malaysia Most Wanted
Mozilla Thunderbird 9 Membawakan Enjin Gecko Baru Dan Integrasi Personas
Kod Sumber Symbian^3 Tersebar - Kemungkinan Android Ke Peranti Nokia Tinggi?
Photobomb? Anda Bakal Boleh Mengatasinya Melalui Aplikasi Scalado Remove

12 Komen

  1. naimz pada 15 Oct 2009

    Very inovatif mozilla 3.6 nie coz ada fungsi accelerometers.namun better menumpukan kepada penambahan kelajuan surfing web brosernya

  2. Lut pada 15 Oct 2009

    what….a cool..! (^^,)

  3. mohdisa pada 15 Oct 2009

    very cool, hehe…tak sabar mencubanya. :)

  4. fazrEn pada 15 Oct 2009

    go firefox! :D

  5. hydir pada 15 Oct 2009

    hmmm .. speed is important nowadays!
    Kalo setakat bleh terbalik2 camtu xde maknanya ..

    Chrome is the best!

  6. finalcross pada 15 Oct 2009

    Pergghhh! teknologi semakin canggih kini…

  7. eyeman pada 16 Oct 2009

    aku pakai chrome, opera + mozila. sekali 3 browser selamba. haha..

  8. eldy pada 16 Oct 2009

    bijak betul tindakan krew-krew Moliza sebab mengemukakan idea yang berjangka masa panjang tu ..

  9. safar pada 16 Oct 2009

    Untuk laptop tertentu payah juga ni.
    takut tak berpeluang menggunakannya.

  10. Anarm pada 17 Oct 2009

    firefox FTW!

  11. Lanun pada 17 Oct 2009

    klu speed is important, tp pakai broadband or streamyx pakej paling rendah nak bt pe..lju mcm ne pun ttp lambt jgk.huahuahua..

  12. Bird pada 21 Oct 2009

    mmm…mula2 rasa cool.
    tp bila fikir blk, rasa mcm xde kgunaan.

    kita amek contoh tablet yg accelerometer-enabled. in stead of reorientate satu2 window (e.g. firefox), dia reorientate terus skrin dgn semua sekali window.

    so, lbh baik kalau peranan accelerometer ni dihandle oleh OS sendiri, bukannya oleh internet browser. it’s fun for some gaming applications (think iPod Touch / iPhone accelerometer-based games), tp bukannya utk web browser. nnt kalau main internet guna laptop atas bantal, senget2 pulak gambonye yek?

    lgpun, fungsi ni hardware-dependent. kalau komputer tu xde accelerometer (yg biasanya handle impact detection) xleh guna gak.

    sekadar a novelty feature, dan lbh baik mozilla kembali fokus utk optimise kan lg direfox. rasa slow sgt la.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader