19Oct

Friendster dan MOL Membawakan Friendster Wallet

Web 2.0

Nampaknya, Friendster tidak lama lagi akan memperkenalkan platfom pembayaran mikro untuk segala jenis hadiah maya dan permainan yang bakal diperkenalkan pada web mereka dalam masa terdekat ini. Ianya juga dijangka akan membawakan pendapatan daripada negara-negara Asia Tenggara yang mana pengguna paling ramai menggunakan laman tersebut berasal.

Untuk merealisasikan perkara tersebut, Friendster mengumumkan kerjasama bersama MOL AccessPortal Berhad (MOL) yang mana bakal membolehkan pengguna membeli barangan melalui suatu servis yang dinamakan Friendster Wallet. Menariknya, Friendster bakal memperkenalkan platform pembayarannya itu bermula daripada negara Malaysia, dan diikuti dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam beberapa minggu.

MOL AccessPortal Berhad (MOL) kini menjual kad prabayar mereka dihampir setiap 7-Eleven di Malaysia dan Filipina, selain beberapa kedai di Indonesia, dan Singapura. Pada masa yang sama, Friendster juga bakal memperkenalkan API untuk sistem pembayarannya, yang mana membolehkan para pembangun, membangunkan aplikasi untuk Friendster, disamping menjana wang melaluinya.

Buat masa ini, MOL memproses transaksi bernilai lebih daripada USD$200 juta setahun. Friendster yang mula merudum penggunaannya di US mempunyai jumlah pengguna hampir 60% di Filipina, Indonesia dan Malaysia.


Facebook Memperkenalkan Antaramuka Baru
Pelayar Web RockMelt Di Lepaskan Dalam Beta Terhad
Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Infografik : Segalanya Tentang YouTube
Notifikasi Facebook Pages Kini Boleh Dilihat Dengan Lebih Mudah

3 Komen

  1. motokriss pada 20 Oct 2009

    wah.. bestnyer…
    lepas nih kat friendster pon boleh buat transaksi.
    best.. best

  2. safar pada 20 Oct 2009

    Friendster masih bernyawa lagi.tak pe teruskan untuk
    hidup.kalau tidak kenalah tutup.

  3. nurul amirah pada 21 Dec 2009

    saya tak suka dengan friendster yang baru kenapa saya punya tak boleh buka saya tak faham langsung dengan friendster yang baru saya lebih senang mengunakan friendster yang lama…….


Tinggalkan Komen Anda