22Oct

Google Umumkan Carian Sosial Bersama Twitter

Google

Hari ini berita teknologi tertumpu kepada carian masa-nyata apabila Microsoft mengumumkan kerjasama bersama Twitter dan Facebook, dan pada masa yang sama, amat mengejutkan sekali apabila Google turut mengumumkan kerjasama mereka bersama Twitter.

Melalui kerjasama ini, Google bakal memperlihatkan kemaskini status daripada Twitter pada hasil carian, dan ini sudah tentunya menarik minat para pengguna Google yang sedia ada. Facebook dikatakan tidak disertakan dalam hasil carian Google disebabkan oleh kemaskini status di Facebook yang boleh dianggap sedikit peribadi, berbanding dengan Twitter yang boleh diakses oleh semua pengguna.

Menariknya, hari ini merupakan hari bersejarah buat Twitter apabila kedua-dua enjin carian terbesar dunia mengumumkan kerjasama mereka bersama. Ini sekaligus bakal menambah pendapatan Twitter, selain mengukuhkan kedudukan Twitter untuk jangka masa panjang.


Gunakan Tema Permainan Kegemaran Anda di iGoogle
Google Kini Menyokong Carian Masa-Nyata
Goo.gl Adalah Pemendek URL Terpantas Dan Stabil
iOS 5 Diintegrasikan Bersama-Sama Dengan Twitter
YouTube Malaysia Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

2 Komen

  1. megat pada 22 Oct 2009

    wah, mantap mantap!

    bila agaknya nak tengok hasil kerja warga tempatan ya? hu3

  2. safar pada 22 Oct 2009

    Yahoo! tak mahu turut serta ke.mungkin dah ada microsoft
    tak payah kot.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader