• Intipati Belanjawan 2010 Untuk Dunia ICT Negara

    Sama seperti tahun-tahun lalu, Belanjawan 2010 yang dibentangkan petang tadi oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut menyentuh beberapa aspek dunia ICT, dimana sedikit peruntukan diberikan kepada pembangunan ICT negara.

    Berikut merupakan serba sedikit intipati Belanjawan 2010 yang menyentuh aspek ICT negara:

    • Pekerja awam akan mendapat pinjaman sebanyak RM5,000 setiap tahun untuk membeli PC peribadi.
    • Pakej netbook khas akan diperkenalkan kepada para pelajar IPT yang mana membolehkan mereka memperolehi netbook dengan broadband pada harga RM50 sebulan. Pakej ini akan mula diperkenalkan mulai 1 Januari kelak.
    • Pusat Inovasi Negara akan dibangunkan untuk mengalakkan pembangunan inovasi dalam negara.
    • RM11.3 billion diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur jalur lebar negara. Ianya dijangka, pada tahun 2010, pakej selaju 10Mpbs akan diperkenalkan pada bandar-bandar utama, diikuti dengan kawasan lain secara berperingkat.
    • Potongan cukai akan diberikan keatas langganan jalur lebar yang mana membawakan potongan sehingga RM500. Potongan ini diberikan untuk tiga tahun, iaitu mulai 2010 sehingga tahun 2012.
    • Sebanyak RM200 juta diperuntukan untuk pembangunan industri kreatif untuk mengalakkan pembanggunan industri seni dan juga kandungan kreatif.

9 Komen

  1. tekong on 23 Oct 2009

    lagi ramai pekerja awam leh pakai mac? :p

  2. emptyspace on 24 Oct 2009

    bersedia untuk mempertahankan negara dari ancaman Singapura

  3. Roslan Nazri on 24 Oct 2009

    untung la.. i like they are moving on to upgrade jalur lebar n so on la about technology..yeah!

  4. x-po on 24 Oct 2009

    pe beza netbook dgn notebook ek? ke sme je?

    • aMaNz on 24 Oct 2009

      Netbook jenis minimal, dengan fungsi minimal, takde cd drive sumer. Notebook yang biasa. Huhu. Netbook lagi murah. Main purpose untuk surfing.

  5. izzat on 24 Oct 2009

    harapan satu je, semua ni terlaksana. Jangan sekadar atas kertas je. Broadband Streamyx 1Mbps pun masih merangkak lagi neh, 10Mbps? Fikir-fikirkanlah..hehe

    x-po, setahu ak, netbook more for online surfing, compact (10″ LCD), no build-in dvd/cd drive like notebook..dan buat kerja2 ringan, ms office etc. Tp ada dengar gak orang wat editing photoshop guna netbook.

  6. zool on 24 Oct 2009

    Aku harap 10 MBps terlaksana..
    Mudah sikit nak cari income..
    Nak buat blog movie pun senang..
    :)

  7. safar on 25 Oct 2009

    Boleh hutang notebook.seronoknya aku.
    boleh tukar ni.

    kelajuan internet 10Mbps? betul ke.harap lajulah.
    jangan lambat pula.

  8. shrxme on 26 Oct 2009

    Hurm.
    arap2 jgn cakap xserupa bikin la.
    kita ni da ketinggalan dlm bab ICT nih


Tinggalkan Komen Anda