20Oct

Akademi Kaspersky Di Perkenalkan Di UiTM

Lain-lain, Sekuriti

Kaspersky Lab yang terkenal dengan aplikasi dan perisian antivirus milik mereka, hari ini memperkenalkan Akademi Kaspersky di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mana tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan dunia sekuriti bersama para pelajar.

Akademi Kaspersky akan menumpukan pada empat perkara utama, iaitu pendidikan, kerjasama akademik, sains, dan juga persaingan dalam melahirkan generasi muda yang mengetahui serba sebanyak berkaitan dunia sekuriti maklumat. Akademi Kaspersky ini akan menawarkan pembelajaran secara dalam talian, pada masa yang sama menawarkan kaedah pembelajaran bersama mentor.

Buat masa ini, Akademi Kaspersky mempunyai penyertaan lebih 200,000 peserta dari seluruh dunia, dengan 2000 tempat pembelajaran. Kerjasama Kaspersky bersama UiTM sekaligus membolehkan para pelajar kita meningkatkan pengetahuan berkaitan sekuriti yang mana kini menjadi salah satu komponen penting dalam dunia informasi maklumat.

Pada masa yang sama, Kaspersky Lab juga dijangka dalam perancangan untuk memperkenalkan makmal R&D di Cyberjaya sebagai hab utama di Asia Tenggara ini. Buat masa ini, Asia merupakan antara benua yang paling banyak menggunakan produk Kaspersky, dengan peningkatan dari tahun ke tahun.


Malaysia Dan Teknologi Sepanjang Tahun 2009
8.5% Laman Di Internet Menggunakan WordPress
Kadar Penembusan Jalur-Lebar Negara Kini 53.5%
Astro Melancarkan Perkhidmatan NJOI - TV Satelit Percuma Tanpa Bayaran Bulanan
Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

7 Komen

  1. Adney pada 20 Oct 2009

    Kaspersky ni bab Marketing mmg pandai tapi bab quality masih belum memuaskan aku. huhu

  2. safar pada 20 Oct 2009

    boleh kita belajar tentang keselamatan.

  3. izzat aziz pada 21 Oct 2009

    kaspersky ok ke? cam tak best je..

  4. Nikuve pada 22 Oct 2009

    Bagus2… pengguna tegar kaspersky was here :P

  5. rinozeen pada 31 Oct 2009

    zaman dlu kala , mse aku gne windows n ubuntu, aku gne je pape antivirus..ble de tak bole buang certain virus..msuk je ubuntu, delete file tu hehe…. tp kne gak ade pape av spaye ley recognize mne satu file virus nye..

  6. buzymovie pada 19 Dec 2009

    lps ni bleh arr join Akademi Kaspersky ni..
    lps ni hrap la leh smbg degree dlm science cmptr ni..

  7. azman pada 09 Feb 2011

    kaspersky terbaek! aku guna sejak dulu…boleh dikatakan tak penah mengecewakan aku…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader