-
KreativeThemes Membawakan Diskaun 40%
Setelah ditunggu sekian lama, akhirnya KreativeThemes sudah bersedia untuk dilancarkan secara rasminya. Ianya akan dirasmikan secara rasmi pada petang ini, iaitu dalam pukul 5.00 petang. Dan menariknya, pihak KreativeThemes telah menyediakan kupon potongan 40% khas untuk para pembaca aMaNz.
Bagi yang masih tidak mengenal KreativeThemes, ianya merupakan salah satu kolaborasi beberapa anak muda tempatan dalam memperkenalkan servis dan produk tema premium untuk pengguna WordPress, Joomla dan beberapa CMS terkenal. Walaubagaimanapun, buat masa ini mereka hanya memperkenalkan tema premium WordPress sahaja, dan koleksi ini bakal bertambah dari masa ke semasa.
Untuk pelancaran ini, mereka membawakan dua tema berbayar atau dikenali sebagai tema premium iaitu Phanatics dan juga Vivalicious, dan satu tema percuma – Furvious. KreativeThemes juga menjanjikan yang mana mereka bakal menyediakan dua tema berbayar setiap bulan, selain memberikan satu tema secara percuma setiap dua bulan. Walaubagaimanapun, ianya adalah target minima mereka, dan berkemungkinan mereka akan menyediakan lebih daripada itu.
Phanatics

Vivalicious

Furvious

Bagi yang tertanya-tanya akan harganya, KreativeThemes menawarkan harga yang agak murah jika dibandingkan dengan beberapa penyedia tema premium yang lain. Anda boleh mendapatkan satu tema premium pada harga $49.90 ataupun dua tema pada harga $99.90. Selain daripada penjualan tema secara berasingan, KreativeThemes juga menjual keahlian laman mereka, iaitu pada harga $299.90 untuk 3 bulan keahlian, $349.90 untuk 6 bulan keahlian dan juga $399.90 untuk 12 bulan keahlian.

Menariknya, khas untuk pembaca aMaNz, KreativeThemes menyediakan kupon khas, yang mana membolehkan anda mendapat diskaun sebanyak 40% daripada harga asal mereka. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu masukkan kod 295CC ketika membuat pembelian, dan secara automatik, anda akan diberikan diskaun 40%. Walaubagaimanapun, kupon ini hanya sah untuk 100 pembaca pertama aMaNz ataupun sehingga 16 November sahaja. Miliki KreativeThemes pada harga istimewa, hari ini juga.
39 Komen
Trackbacks/Pingbacks
- KreativeThemes Launched! » Hellofath.com | Works . Personal . Creativity
- KreativeThemes, Malaysia premium themes developer - MuhdSyukri
kul 5 ari sabtu?hehe tak sabar.. serious tak sabar..
jgn lupo beli pakai. yayy!
waaaaaaaaaaaaa nice…
lawa la plak tema free dia tuh..nak grab jugak..hu3
smart siot..
aku berkenan gile dengan theme ni:
http://demo.kreativethemes.com/furvious/
old style blog post n background putih is the best.. hehe
tahniah team kreativethemes atas pelancaran, nk tunggu test drive yang free theme dulu .. heee…
jgn tak beli, diskaun berbaloi-baloi tue…
sempoi giler themes Phanatics tuh.
memang cantik untuk photo blog.
tapi masalahnye kene customize
ruangan thumbnail. konfem.
kalau tak gambar tak keluar.
ni le masalah kalau live blogging
sure tak bleh nak gune. sebab sources
dari flickr. boleh gune.. tapi kene edit la
lepas tuh.
kalo beli theme, selalunya derang bagi support skali, so senang nak tanya pasal benda yg nak tukar
bro, timthumb baru (masih beta) boleh resize offsite image .
http://www.binarymoon.co.uk/2009/07/timthumb-beta-test/
tak sempat test lagi. tapi ramai cakap ok je kalau link dgn flickr and blogger. nanti kalau aku dah test n implement aku bgatau resultnya
pergh!
cun gile…
Terbaik dari ladang tempatan.
menarik and da bomb..tp mcm ada iras2 woothemes..anyway..caya lah sama ank tempatan..
sbb Izzudin merupakan salah seorang contributer tuk WooThemes.
1708hrs
still waiting..want to grab that phanatics theme..looks awesome
furvious theme tu ala-ala theme One Room la plak ;
http://web-kreation.com/demos/oneroom/
tp furvious lagi cun.. ;D
Kreativethemes cilok theme yang dijual dari Themeforest.net…
bro, jgn wat tuduhan kosong. kalo ada bukti, bagi link, aku update artikel. hmm.
wow ganas tu tuduhan
aku antara pelanggan setia themeforest & aku leh kata xde theme yg sama setakat ni antara kreativethemes and themeforest
Tuduhan melulu.akan menyebabkan anda terpelanting
begitu saja.bukan susah sangat beri saja idea.mereka
mesti buat tema untuk anda…
So nice..
atas skali cantik boleh buat Gallery =)
not bad theme prices..
sudah kelihatan golongan2 yang ingin menjatuhkan KreativeThemes…. semoga KreativeThemes teruskan perjuangan
keke… ak dah try theme free 2 kat blog ak.. nice….
Salam, thanks for support.
First of all sorry lambat launch semalam sebab masa nak launch tiba2 ada error yang tak dapat dielakkan.
Hehe, theme kami dibuat fresh dari kilang. Kalau nak tahu, boleh tengok PSD source kami. Anda tak mungkin akan dapat PSD source se-detail itu di tempat lain.
Part pembenci, terima kasih kerana membenci kami. Agak terharu sampai orang boleh benci.
Kepada yang lain, tegur dan komen kami jika kami ada buat sebarang kesilapan dan kesalahan. Kami agak baru, jadi kami memerlukan anda.
Salam =)
aha boss dia dah turun.
hebat gak baru sehari launch dah ada haters
anyway, gua dah test smalam itu furvious. Kalau ada cadangan dan komen bernas nak hantarkan kat mana ek?
Firdaus boleh hantarkan feedback ke emel kami – hello{at}kreativethemes{dot}com
Terima kasih!
salam..
bukan nak mengkritik..
tp theme nie agak biasa dan boleh kata gabungan daripada beberapan theme..
dan ak pon ade jump link bg theme yg free yg lebih kurg mcm Phanatics.
jgn marah.. hanyalah sekadar komen..
tingkatkan lg usaha sampai xde org nak kritik..
masalah, awak ada masa tak nak buat theme tu semua?
hehe
Terima kasih ‘Blur’ atas cadangan anda. Yeah we take feedback seriously and we’ll improve it stage by stage.
Dan kalau ada feedback tambahan lain boleh salurkan ke emel kami di – hello{at}kreativethemes{dot}com
KreativeThemes harap terus berjuang demi bangsa dan agama.
idea dalam kepala otak aku ni banyak.tapi tak tahu nak buat tema.
Dah!
Korang yg takde duit nak beli jgn bising2 kata simple la .. ceduk la .. ada yg free la .. problem la.
Kecoh tak tentu pasal.
Aku baru beli phanatics. Biar aku test drive dulu. Kalau problem aku bagitau sini.
Jgn kecoh. Beli tidak, bising saja lebey!
amirul faisyal ingatkan power seo ngan internet marketing jek tapi power jugak coding, bagus2
Tahniah kepada group kreativethemes. Papa tertarik dengan pelbagai komen di atas. Untuk menjadi usahawan berjaya pelbagai kritikan pedas dan usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan perniagaan anda adalah lumrah. Anggaplah ini semua sebagai asam garam perniagaan. Apabila anda meceburkan diri dalam bidang perniagaan maka anda akan terdedah kepada persaingan. Terdapat persaingan sihat dan ada juga yang terus mahu melenyapkan perniagaan pesaingnya. Apa yang penting jadikan semua kritikan yang tidak membina dan usaha untuk menjatuhkan anda sebagai sebagai pemangkin untuk anda menambah keyakinan bahawa anda sebenarnya mempunyai kekuatan dan terdapat pesaing anda yang mulai merasa bahang kekuatan yang ada pada anda. Apa yang penting hindari dari melakukan apa yang mereka cuba fitnahkan.
Mengenai persamaan atau ciplak Papa berpendapat apabila membina sesuatu objek yang telah ada di dunia ini maka ianya tidak akan lari dari kebarangkalian persamaan dalam elemen tertentu. Contohnya bila kita design sebuah rumah, yang pastinya ada dinding,atap,lantai,bilik,dapur,tandas dan lain-lain ciri-ciri sebuah rumah. Apabila ada berjuta-juta rumah maka kebarangkalian persamaan pada satu atau lebih ciri-ciri itu adalah tidak mustahil. Jadi ambil pemikiran positif. Ada berapa ramai dalam sebuah kolej memakai pakaian yang sama warna dan fesyen dalam satu sessi kelas. Adakah mereka meniru? Pastinya tidak. Ini kerana di dunia ini hanya ada beberapa warna. Walau apapun pilihan anda, pasti akan ada kesamaan dengan yang lain pada bahagian-bahagian tertentu.
Apa pun baiki kelemahan jika ada, bulatkan tekad, teruskan usaha kerana Papa yakin anda mempunyai kekuatan dan peminat anda sendiri. Ingatlah bahawa orang yang paling berkuasa di dunia sekarang ini (Presiden AS) pun sentiasa menerima kritikan, apatah lagi anda. Berdoalah agar pesaing anda bersaing secara sihat. Senjata bagi orang mukmin adalah doa. Jika anda berniat baik maka Allah akan sentiasa bersama anda. Papa doakan anda semua akan beroleh kejayaan. Nasihat Papa, jangan perlekehkan setiap kritikan tetapi ambil yang positif darinya..Pasti anda berjaya.
Comment Aku Lepas Test Run Theme Phanatics Selama 45 Minit
————————————————————–
Yang Bagus :-
—————–
1. Ada 6 style yg aku boleh pilih
2. Ada optimization option utk tarik Javascript dari Google je. Cepat sikit load.
3. Gambar resizing lancar.
4. Theme memang lawa.
Yg Kurang Bagus
——————–
1. Saiz image terlalu besar. Tapi boleh settle dgn mudah kalau guna plugin Smush It. Default size website aku dapat reduce dari lebih 600 Kb ke 200 Kb.
Kesimpulan
————-
Sangat2 berpuas hati. Aku dah beli theme dari WooThemes, ThemeForest dan Rocket Theme – dan aku boleh katakan yg theme ni dan admin options dia setanding dgn international quality.
Setengah ciri sebenarnya better dari tempat lain yg aku beli tu.
Cuma aku belum test drive support Kreative Theme lagi.
So pada yg kaki komplen — jgn bising2 melainkan korang dah beli dan ada problem. Baik korang pergi buat kerja yg lebih berfaedah daripada komen tak tentu arah.
Kepada crew Kreative Theme, teruskan buat theme yg gempak2 macamni. Aku akan terus beli theme korang utk site aku akan datang kalau kualiti bagus camni dan after sales support bagus.
tertawan aku ngan furvious tu..pergh..
wah..cantik2 themes korang..
tahniah sebab ada team melayu yang dapat buat wordpress theme..
i will follow u all..
Design superb! Bila dengar anak Malaysia rupanya team KreativeThemes ni, rasa bangga beb.. yang kritik2 tu tak rasa bangga ke? Orang luar pun lagi bangga tengok.
Kita sering terinspirasi dengan design orang lain untuk mendapatkan idea-idea baru..kalau tengok theme2 yang ada di themeforest pun semuanya lebih kurang sama jugak, malah ada yang memang ciplak dari theme lain. So ciplak dengan terinspirasi tu mungkin agak berbeza..tu yang kena faham.