-
Kualiti Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Di Bawah Par
Malaysia kini ditempat ke 48 daripada 66 negara yang melalui suatu kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford mengenai kualiti jalur lebar mengikut negara. Kajian yang ditaja oleh Cisco itu memperlihatkan Malaysia kini berada di tempat yang mempunyai sambungan jalur lebar dibawah tahap semasa buat masa sekarang ini.
Negara-negara seperti Singapura, Turki, Australia dikategorikan sebagai negara yang memenuhi kehendak semasa, manakala Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Pakistan dikategorikan sebagai negara yang dibawah tahap, iaitu kualiti jalur-lebar yang rendah sekiranya dibandingkan dengan masa kini.
Mengikut kajian tersebut, rangkaian jalur lebar buat masa kini perlulah menyokong kelajuan pada tahap 11.25 Mbps untuk muat-turun dan sehingga 5 Mbps untuk muat-naik. Kajian tersebut juga memperlihatkan yang mana kualiti jalur lebar sesebuah negara berkait rapat dengan kelebihan sosial dan ekonomi sesuatu negara.
Buat masa ini, rangkaian jalur lebar di Malaysia menawarkan tahap purata 1 Mpbs untuk muat-turun dan 256 Kpbs untuk muat-naik, dan perkara ini dijangka akan berubah pada awal tahun hadapan, apabila beberapa kawasan di bandar-bandar utama akan mendapat akses jalur-lebar pantas, yang menawarkan kelajuan sehingga 10 Mpbs.
aku salah baca ke ape perenggan last tu? hehe
tak salah..its all about HSBB bley baca kat blog aku..hu3..tm dah start reveal again pasal hsbb..hope diorang leh wat..tapi org cam aku ni mane mampu..broadband pun mahal nak mampos
pasal harga xde lak diorang kaji selidik atau bandingkan ye? huhuh kalau bagi 10mbps pun mahal dan di luar kemampuan rakyat kebanyakan nak buat hape nye kan..
betul…kalo makin laju makin mahal dari skrg tak guna juga…skrg pon dah rasa sesak nak bayo bil ^^
bayangkan 4mbps rm160 kalau 8mbs rm320 kalo 10mbps? tu aku bujet darab 2 jer la..hahaha..mampus..
Kalau tak silap jepun merupakan negara yang memiliki kadar kelajuan internet terpantas di dunia, dan lebih murah berbanding di US.
Its Korea.
Jepun 2nd
murah tu tatau la tapi lebih kurang sama harga dengan Msia, and 100x lebih laju
Kenap murah ek? Tak leh ke Malaysia wat camtu gak?
weh tolong doa malaysia wat 7.2mbps utk broadband rege rm50 je jadi la..tak pun rm30..hu3..aku nak pakai gak..biar la unlimited..hu3
hari tu aku tengok discovery channel kot pasal online game di korea. nenek umur 50 tahun lebih pun layan game apa entah, aku pun xtahu. kalau xsilap aku, dalam dokumentari tu ada cakap memang korea negara yang paling banyak connection internet
bila la jalur lebar di malaysia nak berada di tahap semasa ya…
TM ker yang nak wat 10Mb/s tuh? kalu laju jer tp selalu kabel dasar laut putus macam mana… selalu intrup…
mmg. lembab mcm siput sedut.
Tunggulah rakyat memiliki gaji rm20,000 sebulan.
Internet di Malaysia amt memuaskan dan laju sangat2. Syabas TM NET CELCOM MAXIS DAN DIGI!
Kadar penebusan jalur lebar dekat korea.mungkin
sebab permainan dalam talian mereka.boleh dikatakan
tiap2 rumah ada internet.
minta semua perkhidmatan jalur lebar malaysia
naik taraflah perkhidmatan.
pembekal internet di malaysia ni masih mementingkan keuntungan daripada kualiti servis. hari raya aritu pn sume problem. huhu
semoga broadband bertambah laju! hu~
singapore pun dah lame 10mbps..adei!
ya semua mcm kambing
Mari kita buat kempen 1(0mbps)Malaysia ..
hahaha
guna je la apa yg ada walaopun cam siput sedut lajunya tu ..
dalam pembikinan..HSBB tm mmg nak buat 10mbps..masih lagi dalam trial diorang…
say no to ‘screamyx’
patut la line selalu lemau je..huhu
bagi aku, berukband ke jalur lebar ke… sama jer… kesian… malu aku tgk tenet kat Malaysia ni… harap ada perubahan secepat yg mungkin… sbb kalo duit, rakyat malaysia no hal kot… yg penting kepuasan… haha…
Dengan itu TM ada hati nak bid untuk hak penyiaran EPL? Kah kah kah.
betul,betul,betul~~~
Emm yang aq tahu kalu pakai jaring dia cam brapa stabil walaupun guna fixed line.aq pernah try kat satu site nih gov nyer tmpt.
Try bandwith pakai speedtest.net……Download speed (103Mbps) upload (10mbps)..nak caya pon susah…nanti aq publishkan video dia…
Kat malaysia maner lagi tmpat yg korg tahu speed dia melampau arr??
1 – Mindef 30Mbps…bukan semua dapat lahh
2 – TPM – 30Mbps….pon bukan smua tempat
3 – Petronas – 30Mbps r lebih….
4 – Cyberjaya pon sama..
5 – ?
6 – ?
Hsbb bukan 5mbps 10 mbps lah 20 mbps lah…….takkan residenstial nak guna 20 mbps nak buat ape laju laju sangat…
package yang di tawarkan 5 mbps 10 mbps 20mbps….klu rasa tak mampu guna jgn guna…….ni untuk yang mampu jer…..ni mcm pergi haji juga hanya yang mampu dan terpilih sahaja…sbb tm bagi hsbb dekat custo mer pun terpilih bukan semua orang dapat….so pengguna lain tak yah nak pikir sangat gunakkan broadband yg sedia ada yang penting jangan buat hutang hehe
salah tulis lah package yang hsbb tawar 5 mbps 10 mbps dan 20 mbps
semuanya penipu, macam talian telephone lah digi ke maxis ke celcom ke semuanya putar belit tapi kadar harga samaje. Macam tulah nanti bila kelajuan tinggi malaysia akan kategorikan harga yang tak memasal menyusahkan rakyat. Langsung tak fikir pasal kualiti. Ikut jepun kenapa negara mereka maju. Sebab amalan mereka ikut al quran sebenarnya. Walaupun aqidah tak ikut Islam tapi pemikiran dan amalan ikut Islam last-last mereka yang maju, seperti yang Allah kata dalam Al Quran sesiapa ayang berkata benar dan melakukan kerja dengan hak yang benar maka sunatullah ALLAH aitu tidak akan berubah maka merekalah yang dapat walaupun mereka tu kafir. Ikutlah seje seperti Jepun, kelajuannya pantas tapi harga berdasarkan yang abenar dan hak maka anegara amereka alah yang smaju. Malaysia awalaupun negara Islam tetapi mereka tidak berapa yakin dengan apa yang Tuhan kata dalam Al Quran. Jadi saya yakin kalau kelajuana tinggi maka harganya pun tak memasal tinggi juga, maka jadilah malaysia negara yang mundur sampai bila-bilaapun.