LiteTheme Memperlihatkan Tema Pertama Mereka
Beberapa hari yang lepas, salah satu pembangun tema tempatan, KreativeThemes telah pun melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya. Dan kini, LiteTheme pula sedang bergiat aktif dalam pembangunan tema mereka. Malah tem percuma pertama mereka sudah boleh dilihat dalam bentuk demo.
Tema pertama yang bakal diberikan secara percuma ini ditujukan khas kepada para penggemar live-blogging, yang mana gemar mengemaskini aktiviti semasa mereka dengan menghantarkan MMS daripada telefon bimbit kepada emel, sekaligus mengemaskini blog mereka secara automatik. Rekabentuknya juga ringkas dan menarik, dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Rekabentuk Tema Mr Blog dari LiteThemeLiteTheme merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh pembangun laman Negaraku dan Laman7, Eddie atau yang mana lebih dikenali sebagai NoktahHitam. Berbeza dengan tema lain di internet, LiteTheme menjanjikan yang mana mereka akan membawakan tema bersaiz amat kecil, membolehkan pengguna membuka laman anda dengan lebih pantas, selain diintegrasikan bersama fungsi-fungsi baru serta membawa rekabentuk terkini untuk para pengguna.
Tips oleh Roslan. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus
12 Komen
baru bercadang nak release theme free untuk live bloggin, tengok2 dah ada terus tak jadi, tangguh dulu ah projek..hehe
buat jela.takpe.aku pun tgh cri2 theme live blogging yg sesuai.aku support je malaysian developer
Nice theme! Makin ramai anak Malaysia keluar dengan projek2 macam ni. Which is perkembangan yang amat baik. Kita pun tumpang bangga dan gembira.
Mengenai theme kat atas tu, mula2 aku nengok aku cakap.. cantik.. tapi simple bebenor.. Usya-usya lagi baru perasan dah nama diorang pon litetheme.. sure la lite-lite je kan?
Template kat atas tu kalau dah release nanti, buat theme untuk blog liveblogging amatlah sesuai. Width gambar pun dah 500px. Maybe itu target mereka.
Good luck untuk Litetheme dan Kreativethemes. Aku sokong dari belakang je la
p/s: Amanz, windows 7 release arini.. takde artikel?
mmg untung pada live blogger sebab sebelum ni aku dan azmanishak penah kemukan masalah utk live blog theme..so alhamdulillah la berkat kiteorang salu ngeteh tu dia dapat ilham..hehe..thnx to eddie yg bekerja keras wat theme ni..
Aku buat khas utk flickr email user
Senang ko nak upload gambor2.
Pastu ade banyan tempak nak bubuh ads. Sekati deme la nak buat ape pon
Sebenarnye ade 6 tempat widget. Nampak simple, tapi sebenarnya, tak dimasukkan content betul2, ads lagi. Bile dah masuk macam2 baru nampak complicated skit.
Bak kate Knizam, ads adalah penyeri blog. Tapi kalau banyak sgt, dah sesak
Yes memang aim LiteTheme ni utk focus pada kelajuan theme. Tanak jadi macam sesetengah theme, nak load theme dah satu hal, nak load content plak pastu.
nice! aku suke konsep ringan yang dibawakan litetheme.harap tak la theme yang direlease adalah2 theme2 yg recycle.sbb byk template club skang ni aku tgk sumenye recycle je..cume ubah sket2 je..so diharap bila theme baru je,idea pun baru.huhu.
Theme recycle ni sebab dorg buat base yang power, jadi rotate2 theme kat situ je la.
Aku buat theme pon sekadar exercise. Dah lame tak renggangkan badan buat activity sehat.
Boleh lepas ni cuba live blogging.
Ko memang cepat amanz. Belum sempat aku tido, ko dah update. Terima kasih bro!
cun r theme nih..
hrp bnyk lg theme yg simple mcm ni akn keluar
harap2 cpt ar kuar litetheme nih..aku tgh dlm perancangan nak buat blog khas tuk live blogging je nih..
Hidup Live Blogging!!!