• Mozilla Menyokong Paparan Thumbnail Mengikut Tab

    Kini, kemaskini terkini versi pembangunan Mozilla Firefox 3.7 mula menyokong fungsi preview bagi setiap tabs yang dibuka melaluinya, sama seperti apa yang dilakukan pada Internet Explorer 8. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya disokong pada Windows 7 sahaja buat masa ini.

    Minefield Tabs
    Paparan Tab Pada Mozilla Minefield

    Sesiapa yang menggunakan Windows 7, boleh mencuba fungsi ini dengan mencuba versi pembangunan Firefox 3.7 yang mana dikenali sebagai Minefield buat masa ini. Sebelum ini, ianya hanya menyokong paparan preview untuk tetingkap Minefield yang dibuka sahaja, namun begitu, kini ianya menyokong paparan preview untuk setiap tab yang dibuka pada Minefield.

    Mungkin ianya bukanlah satu fungsi yang menarik minat para pengguna, tetapi, melalui fungsi ini, ianya membolehkan para pengguna untuk menutup sesuatu tab itu tanpa perlu mengaktifkannya terlebih dahulu pada pelayar web. Bagi sesiapa yang ingin mencuba Minefield ini, anda boleh memuat-turun dan mencubanya pada komputer anda dengan mudah sama seperti Firefox.

3 Komen

  1. mohdisa on 15 Oct 2009

    mcm menarik…:)

  2. safar on 16 Oct 2009

    Tunggu nanti aku cari cetak rompak RM10.Windows 7
    dekat plaza Taping.teringin juga nak cuba.

  3. mesticun on 12 Dec 2009

    Untuk Windows 7 ke.lagipun ini versi beta untuk windows 7.


Tinggalkan Komen Anda