22Oct

MyEyes – Ketahui Keadaan Trafik Melalui iPhone

Apple

Jikalau sebelum ini dua aplikasi iPhone khas diperkenalkan, iaitu Aplikasi 1Malaysia dan juga Aplikasi CiMB Bank, hari ini, aplikasi bernama MyEyes dibawakan khas kepada para pengguna iPhone dimana melaluinya anda boleh mengetahui keadaan semasa trafik secara masa-nyata.

MyEyes
Antaramuka Aplikasi iPhone MyEyes [via]

Aplikasi MyEyes ini membolehkan anda mengetahui keadaan semasa trafik secara masa-nyata daripada kamera CCTV trafik yang mana boleh dilihat daripada laman-laman terkemuka seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PLUS, dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Untuk menggunakannya, anda hanya perlukan iPhone atau iPod Touch dengan keupayaan sambungan WiFi atau 3G. Anda seterusnya boleh melihat keadaan semasa trafik pada iPhone anda dengan mudah, dan anda hanya perlu lihat pada masa yang dinyatakan pada aplikasi tersebut untuk memastikan keadaan semasa yang diperlihatkan itu adalah tepat.

Anda boleh mendapatkan aplikasi iPhone ini secara terus daripada laman iTunes.


MY Rights - Ketahui Hak Anda Apabila Berhadapan Dengan Polis
(Ura-Ura) iPhone 4 Daripada Celcom Seawal 25 April?
Instagram Kini Mempunyai Lebih 6 Juta Pengguna
Kad Raya Digital? Kini Ada Aplikasi Khas Untuknya
Projek Terakhir Steve Jobs Merupakan iPhone 5?

6 Komen

  1. Roslan pada 22 Oct 2009

    mantop seh!

  2. Kobot pada 22 Oct 2009

    Mantap yer iPhone pun boleh tgk traffic..

  3. myadlan pada 22 Oct 2009

    actually kalau bukan iPhone pun boleh. asalkan henfon bleh access tenet thru 3G. server cctv LLM memang da lama online.

  4. safar pada 22 Oct 2009

    Iphone saja.telefon pintar lain tiada ke.

  5. xflixz pada 22 Oct 2009

    aah..tapi ade masalah sket kot..kadang2 server problem..dan gmbar die lagging.ade sape penah cube?

  6. Kreuger pada 23 Oct 2009

    walau mantap aplikasi yang dicipta
    tapi takkan tadek makna kalau tadek video call
    dengan wifi. series itu keperluan utama
    terutama sewaktu balik kampung mase
    raya…

    pasang 3g call.. then cucuk handpone kat TV
    buat salaman beraya secara video conferencing…
    hehehe… iPhone mane boleh buat macam tu~

    dah 2 tahun ar aku buat macam tu utk keluarga yang jejauh
    baru terasa dekat kat hati..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader