18Oct

MySpace Ingin Menjual Laman Photobucket

Web 2.0

Walaupun MySpace memperlihatkan inovasi demi inovasi dalam menarik minat para pengguna laman sosialnya, pendapatan dan kewangan mereka masih belum stabil lagi. Beberapa ura-ura kini mengatakan bahawa News Corp, organisasi disebalik MySpace dalam pencarian pembeli Photobucket, iaitu salah satu servis berkongsi imej yang dimiliki MySpace pada tahun 2007.

Beberapa ura-ura mengatakan bahawa Photobucket akan dibeli dan dimiliki oleh Ontela, iaitu satu syarikat baru yang membolehkan para pengguna memuat-naik imej dan gambar secara terus daripada telefon-bimbit ke komputer atau beberapa laman perkongsian imej yang popular. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman daripada pihak-pihak yang berkaitan.

News Corp sebelum ini membeli Photobucket pada harga lebih kurang $250 juta dua tahun yang lalu, yang mana pada ketika itu, Photobucket merupakan antara laman utama yang menyediakan kandungan untuk laman MySpace. Kini, News Corp dalam perancangan untuk mengukuhkan kembali kedudukan MySpace, selain dengan adanya tempat untuk memuat-naik imej dan video di MySpace sendiri, Photobucket kini tidak diperlukan lagi oleh mereka.


WuuHuu Online Dilancarkan
RakanSukan - Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini
Twitter Menyokong Penghantaran Dan Penerimaan SMS Melalui Celcom Secara Rasmi
Facebook Memulakan Acara f8 Dengan Cara Yang Berbeza Dan Menarik
Laman MudahAlih.my Dilancarkan Secara Rasmi - Memfokuskan Jual-Beli Peranti Dan Gajet

2 Komen

  1. Adney pada 18 Oct 2009

    Selamat tinggal photobucket ~cewahh~

  2. safar pada 18 Oct 2009

    Habis cerita.tutup buku.cari idea yang baru untuk membantu syarikat.photobucket kena tumpang glamor pada syarikat lain pula.


Tinggalkan Komen Anda