Cari @ Amanz

Hari ini, Microsoft mengumumkan yang mana mereka bakal melepaskan Office 2010 dengan sebuah versi khas, iaitu Office 2010 Starter. Dan menariknya, Office 2010 Starter yang mana menyediakan fungsi asas aplikasi pejabat dari Microsoft itu bakal diedarkan secara percuma bersama-sama dengan PC baru.

Tetapi amat mendukacitakan kerana ianya tidak akan diberikan untuk dimuat-turun secara berasingan, sebaliknya diedarkan bersama-sama dengan PC baru yang dibeli bersama-sama sistem operasi Windows. Office 2010 Starter bakal disokong oleh iklan, selain memperkenalkan fungsi yang amat minimum berbanding Office 2010.

Office 2010 Starter bakal menyertakan Office Word 2010 Starter, Office Excel 2010 Starter sahaja, yang mana didatangkan dengan fungsi asas untuk membina dan mengedit dokumen sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd