28Oct

Panda CloudAV Beta 3 Sedia Di Muat-Turun

Sekuriti

Panda Security kini dalam pembangunan terakhir dalam memperkenalkan aplikasi sekuriti pertama yang mana mengguna-pakai konsep Cloud, selain menawarkan antivirus secara percuma kepada pengguna Windows. Terkini, Free Panda Cloud Antivirus Beta 3 untuk Windows 7 boleh dimuat-turun dan diuji dikomputer anda.

CloudAV
Antaramuka CloudAV

Pembangunannya, amat drastik dan versi akhirnya mungkin akan dilepaskan dalam masa terdekat ini. Melalui Beta 3, ianya membawakan prestasi imbasan yang dipertingkatkan, selain mengurangkan penggunaan sumber tenaga berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, Panda Security juga memperkenalkan laman web serba baru untuk para pengguna memuat-turun dan mengikuti perkembangan antivirus Panda yang berasaskan Cloud itu di CloudAntiVirus.com. Untuk menggunakan Cloud Antivirus ini, anda memerlukan satu akaun khas, dan anda boleh mendapatkan akaun tersebut secara percuma melalui pendaftaran ringkas.


P1 WiMax dan F-Secure Membawakan P1 NetSecure
Intel Kini Merupakan Pemilik McAfee
Laman Kerajaan .gov.my Bersedia Menghadapi Sebarang Serangan Siber
Lowyat.net Diserang DDOS - Lagi Sekali
Kod Sumber Norton Antivirus Akan Dilepaskan Pengodam Esok?

1 Komen

  1. safar pada 28 Oct 2009

    Boleh percayakah versi beta ni.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader