Pandang Pertama Google Wave
Setelah sekian lama Google Wave diperkenalkan, baru sahaja hari ini saya dapat mencubanya. Bagi yang masih tertanya-tanya, apakah itu Google Wave, ianya merupakan salah satu aplikasi dalam talian yang membolehkan para pengguna berkomunikasi dan berbincang pada masa nyata.
Jikalau pada Twitter, segala data yang dihantar dipanggil Tweet, pada Google Wave pula, segala data yang dihantar dipanggil sebagai wave. Sebuah wave itu mungkin satu dokumen dimana para pengguna boleh berbincang pada masa nyata dan bekerjasama menulis dan mengubah dokumen tersebut menggunakan editor yang disediakan Google dengan mudah. Selain daripada dokumen, wave juga boleh dihantar dalam bentuk imej, video, peta dan banyak lagi.

Tiga Pelayar Web Yang Di Sokong SepenuhnyaSekiranya anda telah mendapat jemputan untuk menyertai Google Wave, perkara pertama yang anda perlu buat adalah pastikan sama-ada pelayar web anda disokong ataupun tidak oleh Google Wave. Saya sering menggunakan Mozilla Minefield, dan amat mendukacitakan kerana ianya tidak disokong oleh Google Wave. Internet Explorer juga tidak menyokong Google Wave.

Setelah log masuk ke dalam Google Wave, anda akan dapat melihat tiga-ruangan yang mana masing-masing mempunyai fungsi-fungsi mereka yang tersendiri. Ruangan pertama memperlihatkan navigasi dan juga senarai rakan-rakan anda, ruangan kedua memperlihatkan senarai aktiviti anda pada Google Wave, yang mana turut dikenali sebagai Inbox, dan ruangan terakhir adalah dimana anda boleh melihat sesuatu wave itu, dan mengeditnya serta menghantarnya dengan mudah.
Pada Google Wave, anda turut sama boleh menyertakan video daripada YouTube, peta daripada Google Maps, pautan ke laman web lain, atau apa sahaja yang menarik untuk dikongsi bersama rakan anda yang lain dengan mudah. Menariknya, anda juga boleh menambah penggunaan Google Wave melalui pemasangan extension. Ianya juga memudahkan anda menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti penggunaan add-on pada Firefox.

Sekiranya ruangan untuk anda menulis atau membaca pada Wave tidak mencukupi, anda boleh membesarkannya dengan mudah, dan ini akan membuatkan navigasi anda berubah ke bahagian atas, sekaligus membolehkan anda membaca sesuatu wave itu dengan menggunakan ruangan pelayar web sepenuhnya.
Ianya merupakan salah satu aplikasi komunikasi yang amat menarik sekali daripada Google, namun dengan senarai rakan-rakan yang tidak sebegitu ramai, ianya menjadikan Google Wave tidak begitu menarik. Selain daripada itu, akaun saya juga tidak terdapat pautan untuk menjemput orang lain. Mungkin kerana Google ingin memenuhi kehendak ramai terlebih dahulu sebelum membuka jemputan secara viral seperti GMail dahulu.
24 Komen
invite me please..

can you invite me?
pleaseeeee
aku still tak faham function wave ni,,,
aku tgk cam gmail jer…
hahaah..\
tolong ajarin..
aku nak jugak
urm…mcm cool….tp kalau limited friend je boleh view & boleh berkomunikasi, agak x best jugak kan…huhu
aku rasa fungsi die dah seakan-akan YM..
tapi tak tau r coz aku pun taknah try lagi..huhuhu
nice info
aku pun kurang phm..so plzz invite me..kih3
aman jom test wave. aq pn still xnmpk fungsi keseluruhan menda nie.
aman..invite aku plzzz…aku ternanti2 kemunculan wave ni..huhuhu.
sape nak invite aku? hurmmm
Google wave ni sama je.nak bersaing
dengan twitter.
Dah banyak aku baca pasal wave, dan aku tertarik dengan teknologi utk memudahkan komunikasi realtime disamping beberapa supporting application yang ada. But, sad to say, masih belum dapat invitation dari sapa sapa.
tahniah kerana dapat mencuba, aku masih belum punya peluang.
wow! canggih, cuba korg tgk video dia yg sejam lebih tuh.. mcm2 fungsi ada.. hehe..
dah berkurun aku request.. x jugak dapat2 invitation.. rasa nak lempang pun ada jugak team google wave ni.. x dapat lempang team google wave, sesapa yang bawak honda wave pun kalau nak kene lempang pun boleh serah diri..
haha.. jgn maraa…
mcm best jerk, cuba invite aku skali. hehe
kalau ko tak jemput aku mmg ko ko kena lempang..hahahah
invite me juga yer … plz ….
kalau dah boleh invite, jangan lupa invite aku ye. hehehe
wa… bro.. invite r aku… plz… nk try gak….
Google Wave ni still tak open for public ke? Rasa memang kejadah sampai bila2 masa takde orang akan approve invitation aku lol.
invite me as well.muehehe.
kaizen.zack87@gmail.com invite meee
Patutlah buka melalui opera tak boleh.
tak kisahlah firefox kan ada.