-
PayPal Memperkenalkan Transaksi Dalam Ringgit
Semalam PayPal membawakan berita baik kepada para pemilik bisnes internet di seluruh Malaysia, apabila mereka kini telah mengumumkan sokongan kepada transaksi dalam Ringgit Malaysia (RM). Selain daripada itu, kini para pengguna PayPal juga boleh memindahkan duit mereka secara terus ke bank tempatan dengan mudah.
Walaubagaimanapun, buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi oleh pihak PayPal, selain daripada emel yang dihantar mereka yang mana menggunakan transaksi dalam Ringgit Malaysia. Menariknya, bersama-sama dengan ini, pihak PayPal juga telah mempertingkatkan bayaran bonus setiap kali kita memperkenalkan pelanggan baru kepada mereka, iaitu kepada RM5.
Mendukacitakan apabila, PayPal masih belum lagi menyokong bahasa rasmi kita, iaitu Bahasa Malaysia buat masa ini. Walaubagaimanapun, ianya dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, dengan pengenalan bentuk transaksi dalam Ringgit Malaysia ini.
13 Komen
Baguslah kalau paypal dah buat transaksi dalam RM.sebelum ni aku dah pening masalah transaksi ni.maklum saja lah,bukan ada banyak duit tapi nak xsfer payah.mekasih atas maklumat ini
wah..
ini sgt bagus..
harap bukan khabar angin
boleh direct withdraw? waw! gud gud
hope takde delay masa withdraw from paypal to bank tempatan
lagi bagus kalau Paypal tu ada cawangan di Malaysia ni, direct guna Maybank2u jer..Bank Negara pls pls bukalah peluang
aku sembang mcm lah aku ada akaun kah kah
best…2.!!
wowwww…nice!!!makin rancak lah industri perniagaan internet tempatan.perkembangan ni sememangnya dinanti2kan.baguss.!
alamatnyer bungkus la netbuilder ngan ipay88 lepas nih.huhuhuhuh..
hehe..bagus2..menarik2..
kalau betullah berita ni.semua kerja jadi senang.
Ini buat aku minat nak guna paypal untuk perniagaan tempatan.
hm.. yang bab MYR currency tu betul. dah boleh guna dlm MYR, tapi bila bab nak transfer duit ke bank tempatan tu, tak jumpa pulak. still US Bank account atau ke Card.
Dulu masa aku rancak buat duit online, tak mahu dia open currency Malaysia, sekarang aku dah berhenti, dia open. Haiya!
tgu kemudahan transfer duit dari bank tempatan ke PayPal dengan lebih senang
heaven gila shopping kat luar..
Eh bukan dah boleh ke keluarkan duit dari Paypal ke Maybank2u?
Tapi kena guna Maybank creditcard la..