19Oct

Pencarian Harta Karun Bersama Yahoo! Youreka!

Yahoo!

Yahoo! akan memperkenalkan suatu aktiviti seumpama pencarian harta karun melalui dalam talian dan luar talian yang dikenali sebagai Youreka! Melaluinya para pengguna akan dapat menambah ilmu pengetahuan masing-masing disamping memenangi hadiah-hadiah menarik.

youreka

Permainan mudah ini hanya memerlukan anda untuk mencari tiket-tiket tersembunyi dilaman-laman Yahoo! seperti Yahoo! Malaysia, Yahoo! Malaysia News, Yahoo! Malaysia Messenger dan juga Yahoo! Malaysia Mail. Terdapat tiga jenis tiker berbeza yang tersembunyi di laman-laman tersebut, dimana setiap satunya membawakan hadiah-hadiah berbeza yang mana boleh ditebus untuk suatu jangka masa yang ringkas.

Pencarian ini dijangka akan berlanjutan sehingga 25 November 2009 yang mana pada hari tersebut, Youreka! Finale Party akan diadakan, menawarkan hadiah utama iaitu BlackBerry Curve 8520, produk-produk Adidas dan beberapa hadiah tambahan yang menarik.

Sebanyak tiga tiket ditawarkan sepanjang aktiviti Youreka! ini, yang mana masing-masing akan mempunyai tempoh masa masing-masing. Youreka! Merah akan menawarkan produk-produk Adidas, Youreka! Biru membolehkan anda menonton filem 2012, dan banyak hadiah-hadiah lain yang ditawarkan mengikut tiket Youreka! yang diketemukan oleh anda.

Nampaknya kini, Yahoo! sudah memulakan beberapa cara pemasaran untuk menarik para pengguna menghabiskan masa lebih lama di laman mereka. Buat masa ini, Yahoo! masih merupakan enjin carian serta laman yang paling banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia.


Yahoo! Mail Kini Dengan Lebih Fungsi Sosial
Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme
Kerjasama Yahoo!-Microsoft Mendapat Perkenan EU dan US
Yahoo! Mengeluarkan Carta Carian Tahun 2010
Yahoo! AppSpot - Carian Aplikasi Kini Lebih Jitu Dan Pantas

4 Komen

  1. safar pada 20 Oct 2009

    Reka cerita tak boleh menang ke.bagi hadiah yang
    ditawarkan menarik.dah lama tak pakai telefon
    mahal ni.kenalah cuba.

  2. Adney pada 20 Oct 2009

    Yahoo ni kanak2 rebina….. hehe

  3. Shah pada 25 Nov 2009

    Sungguh Mendukacitakan!
    Menukar lokasi dari CapSquare ke Live tanpa sebarang komunikasi..
    Berputar-putar di CapSquare selama hampir 2 jam, dengan
    perasan kecewa berbaur kemarahan..
    Sungguh Sungguh Mengecewakan!!!

    • Sharm pada 26 Nov 2009

      Kenapa mereka tukar lokasi tanpa sebarang maklumat. Kalau nak pergi hari sabtu nanti, macam mana? Boleh tak pergi ke Live dan dapatkan tag Ungu??


Tinggalkan Komen Anda