-
Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme
Setelah sekian lama memperkenalkan Yahoo! Meme dalam bentuk beta tertutup yang mana memerlukan emel jemputan dan sebagainya, hari ini, Yahoo! melepaskan Yahoo! Meme untuk semua pengguna. Kini, anda tidak lagi memerlukan sebarang emel jemputan untuk mencuba dan menggunakannya.

Antaramuka Yahoo! MemeBersama-sama dengan itu, Yahoo! Meme juga memperkenalkan fungsi API, yang mana memperlihatkan tidak lama lagi banyak aplikasi pihak ketiga yang akan mula menyokongnya. Bagi yang masih tidak mengenali Yahoo! Meme, ianya merupakan salah satu mikro-blog yang seumpama Twitter. Menariknya, melalui Yahoo! Meme, anda boleh berkongsi gambar, video dan audio dengan lebih mudah, berbeza dengan Twitter yang menggunakan fungsi teks sahaja.
Yahoo! Meme juga memperkenalkan fungsi meninggalkan komen yang mana anda boleh membaca komen dalam bentuk tersusun, berbeza dengan Twitter yang masih tidak memperkenalkan lagi fungsi membaca komen dengan mudah. Buat masa ini, ramai yang melabelkan Yahoo! Meme sebagai peniru kepada Twitter, tetapi mungkin suatu hari nanti, Yahoo! Meme memberikan saingan sengit kepada Twitter.
6 Komen
lebih kurang dengan twitter ke?
tu ler… sumer main tiru meniru jek…
cool jugak meme ni..leh sharing gmbar,video,audio..abis la twitter camni.huhuhu..sama2 kita nantikan boleh kah yahoo meme mecabar twitter..
Kesian Twitter.harap-harap janganlah tutup.
mesti aku rasa bosan nanti.
Yahoo ni terlalu cepat sangat buka Fasa Beta.
memang tak patut.susah payah aku belilah
Twitter tu nanti.
Thanks Aman.
Cuma diharapkan semakin ramai yang akan guna Yahoo! Meme ni. Kalau tak susah nak add kawan, takde orang sangat. ^_^
Saya pun dah ada Yahoo! meme.