Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tiga daripada empat pemegang lesen WiMax hari ini disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disebabkan tidak memperkenalkan rangkaian servis mereka pada masa yang dijanjikan. Syarikat yang disaman adalah YTL e-Solutions, AsiaSpace dan REDtone.
YTL e-Solutions disaman sebanyak RM1.9 juta, diikuti dengan AsiaSpace sebanyak RM1.7 juta dan Redtone sebanyak RM200,000 disebabkan kegagalan untuk memenuhi litupan rangkaian WiMax mereka sekurang-kurangnya sebanyak 25% menjelang hujung Mac.
Pada bulan Disember tahun lepas, Menteri Sumber Tenaga, Air dan Komunikasi telah menyatakan yang mana mereka bakal menarik kembali lesen WiMax sekiranya syarikat-syarikat yang diberikan lesen tersebut gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan. Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat tersebut mempunyai sebab-sebab tersendiri atas kegagalan ini, dan mereka telah membuat rayuan keatas saman yang dikenakan ke atas mereka.
Buat masa ini, hanya PacketOne sahaja telah memperkenalkan perkhidmatan WiMax mereka, yang mana dikenali sebagai P1 WiMax yang mana kini menjadi saingan hebat kepada Streamyx milik TM.
18 Komen
Tinggalkan Komen Anda
have been a week with p1w1max ehehe
owh wimax ni byk company la eh… salah satunya p1.. baru taw..
hahaha..padan muka..akal diorg bila dapat lesen nak alibaba kepada company lain… nak untung atas angin..
dah takdak kepakaran bagi balik lah lesen tu
saman tu kira skit jek pada diorang… diorang ni tunggu belanjawan baru buat…haha
Amax wimax tak leh pakai lagi eck…
bagi kat aku leh gak…huhuu
ooo… aku baru paham… ade banyak company wupenye.. jd WiMax the Main Story now.. so WiMax ni jalur lebar jenis baru ke? Aku ade bace kat ketas P1 hri tu tapi aku x paham sangat
AsiaSpace tu AMAX broadband tu.
Redtone? bukan ke tu company Jason Lo?
jason lo? i smell something fishy here.
hehehe
Amax Wimax kompeni mana satu punya? kat belakang dataran merdeka tu je la satu billboard iklan dia yang aku nampak kat KL ni.. tempat lain mmg takde..
Orang kata service power. Tapi apemaknanya kalau aku sendiri pun tak tahu kat mana nak apply.. sigh~
Padan la muka korang kene saman! Dulu rebut2 nak amik tender wimax.. bila dah dapat tak run pulak.
haha..tapi REDtone dapat lesen utk deploy WiMAX kat Sabah & Sarawak je..so ade 3 player je la utk Semenanjung..
bagi aku sape yg 1st die akan berjaya…haha..lambat kene tinggal laa..kalo P1 boleh deploy the network kenapa yang lain tak boleh?alasan je..huhuhu.
adakah AMAX ini yg dimaksudkan http://www.amax.my/
ya betul..
Siapa suruh lambat perkenalkan perkhidmatan.nak ambil
tender dulu punyalah berebut.sampai aku jatuh tergolek.
sekarangkan dah kena saman.tak silap aku REDtone tu
bukan sedar sedia WiMax je.telemonikasi pun ada.nombor
013 bawah syarikat celcom.pinjam teknologi celcom ni.
hmmm,P1 btol2 mengaut keuntungan berganda bile yg lain senyap. Ambil peluang bile ade kesempatan,tu baru adat perniagaan. hehe
P1 sekarang dapat lesen untuk sabah dan sarawak.
masalah sekarang kawasan aku tiada liputan lagi.
tak kan nak pergi tempat kerja.baru ada liputan.
Ceh, baru hari ni aku dapat lihat iklan Wimax dari Amax kat TV. Baru je check laman web Amax, tapi banyak info aku tak dapat cari. Contohnya IP yang diberi adakah dynamic ataupun shared dengan pelanggan yang lain. Tapi yang menariknya kat tempat aku ada coverage dari Amax, P1 Wimax tak masuk lagi, kat sebelah ada la. Hampeh!