-
Uruskan Rakan Twitter Melalui Fungsi List
Setelah mengumumkan pembangunan fungsi list pada Twitter, kini ianya mula diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna Twitter. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan sebahagian daripada pengguna Twitter mengikut ciri-ciri yang dibahagikan mengikut list.

Sebagai contoh, mungkin anda mengikuti beberapa orang artis, dan anda boleh mengkategorikan mereka semua dibawah satu list. Dan seterusnya, anda boleh mencadangkan kepada rakan-rakan anda untuk mengikuti mereka semua dengan mudah. Ianya sekaligus memudahkan rakan-rakan anda untuk mengikuti kesemua mereka dengan amat mudah sekali, tanpa perlu mencari mereka satu-per-satu dengan susah lagi.
Sebelum ini, JomTwit pernah muncul dengan idea yang lebih kurang sama dengan Twitter list ini, yang mana membolehkan anda mengikuti rakan-rakan di Twitter mengikut pecahan yang telah ditetapkan.
9 Komen
menarik fungsi nie, baru senang nk manage.
bagus2…
Salah satu list contoh yang disediakan oleh Khairul : http://twitter.com/khairul/geeks
Orang yang tak dapat lagi feature Lists ni takkan nampak apa2 bila klik link tu, tak silap aku.
Apa2 pun, ini memang feature yang dah lama aku tunggu. Sebab dah follow ramai orang, timeline jadi semak, huhu.
Eh kenapa aku boleh ada dalam senarai geeks? Senarai cikgu sekolah takda ka? =P
aku masuk ko dalam list designer ok? hehe
Ooo… so benda alah ni asingkan followers ikut group la ek?
aku blur masa mula2 bace… ingtkan ape… especially bila ade tanda ‘slash’ lak bila dah create new list.
mmm bagus2…
aku create. lepas tu aku delete balik. sebab aku xtahu camne nak guna. kena study balik kot. huhu
pandai ko tulis blog pasal ni. sebab dia kata benda ni baru, so jgn tweet psl list.
fungsi dia sama dengan Facebook nye list la rasanya
owh yg listed tu? thx bro! baru tau,bhgi2 kan kwn mngikut list. nmpak sprti internet narcissism yg tbaru.