-
Windows 7 Bakal Di Lepaskan Esok
Microsoft bakal melepaskan Windows 7 secara rasminya pada 22 Oktober, iaitu esok. Windows 7 yang dimulakan pembangunannya dengan nama Windows Vienna sudah pun dicuba ramai pengguna seluruh dunia sejak dari Windows 7 Beta dilepaskan awal tahun ini.
Windows 7 yang dikatakan sebagai ganti kepada Vista yang gagal membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik serta baru untuk para pengguna. Antaranya adalah prestasi boot yang dipertingkatkan, sokongan kepada storan maya (hard-disk maya), sokongan media yang dipertingkatkan dan pelbagai perkara lain lagi.
Perubahan yang nyata adalah dari segi antaramuka desktop Windows 7, dimana taskbar yang lebih besar diperkenalkan. Navigasi dan susunan pada taskbar kini lebih teratur berbanding sebelumnya. Selain itu, Microsoft juga memperkenalkan Virtual PC yang serba baru dengan sokongan Windows XP Mode, dimana ianya membolehkan Windows 7 menjalankan aplikasi Windows XP dengan mudah.
Sehingga kini, segala ulasan berkaitan Windows 7 adalah bersifat positif. Malah pra-tempahan di Amazon juga mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding Windows Vista. Windows 7 bakal dikeluarkan dalam 6 versi berbeza, tetapi kebanyakkan negara hanya akan menjual Home Premium dan Professional sahaja untuk memudahkan pengguna mudah membuat pilihan. Windows 7 juga membawakan sokongan kepada sistem 32-bit dan juga 64-bit, selain dengan kebolehan untuk mengemaskini sistem operasi Vista mereka kepada Windows 7 dengan mudah. Harga pasaran bagi Malaysia masih belum diketahui lagi.
10 Komen
yeah yg dinantikan sudah hampir tiba.. w7 superb!
go pirate go! muahahhaha
Nak juga aku try windows 7 ni hehe..
Cuba lanun dahulu.harga sebenar mesti ratus.jika ribu
terpaksa teruskan dengan lanun.
Download je..yang RTM pun byk kat tenet..sok2 kompem pas je dorang yg baek ati ni beli,kompem dorng upload.nti aku dwnload je la.huahua
tak sabarnya nak donlod kat piratebay yg ori neh.. hehehe
hehe. esok keluar, tapi dah leaked awal kat internet. kih3!
ala..kalau korang buat profit blogging kat net sebulan dua dah boleh cover cost original Win7, buat pe sakitkan kepala nak pakai yg lanun..
btol tak?
keluar gak akhirnya…. harga yg ori aku rasa x mahal kot… mmpu dibeli…
ape yg sakitny pakai yg lanun?aku x pernah pakai yg ori pun..lanun je..ok je sampai skrang..lanun punya lg best..lg2 klu dah modifite.lg best lg cantek..