24Oct

Windows 7 Ultimate Berharga RM648 Di Malaysia

Microsoft

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Windows 7, sudah semestinya mengetahui akan pelancaran Windows 7 secara rasminya tempoh hari. Windows 7 kini sudah mulai dijual di Malaysia dimana Windows 7 Ultimate berharga RM648.00, Windows 7 Home Premium berharga RM368.00 dan juga Windows 7 Professional berharga RM 478.00.

Selain daripada tiga versi ini, terdapat satu versi tambahan, iaitu Windows 7 Starter yang mana berharga RM148.00. Cuma pada Windows 7 Starter, anda tidak boleh menggunakan fungsi skrin sentuh beserta beberapa fungsi tambahan lain padanya. Starter didatangkan dengan segala fungsi asas untuk anda mempelajari terlebih dahulu sistem operasi terbaru dari Microsoft ini.

Harga Windows 7 di Malaysia kelihatan lebih kurang dengan harga Windows Vista yang diperkenalkan sebelum ini oleh Microsoft. Sekiranya anda baru sahaja terbeli sistem operasi Windows Vista, mungkin anda boleh mengemaskini sistem operasi anda secara percuma kepada Windows 7 mengikut pakej Windows Vista yang dibeli oleh anda.


Windows 7 Bakal Di Lepaskan Esok
Windows 7 Di Lancarkan Di Malaysia
Windows 7 SP1 Sedia Dimuat-Turun
Dealmates Menandatangani Perjanjian Pelaburan Bersama Intel Capital
Coopown Menawarkan iPad 2 Dan Galaxy Tab Sebagai Hadiah Pra-Pelancaran

52 Komen

  1. Jaws pada 24 Oct 2009

    seb baik aku dah pki win 7..
    huhui..

    • paan pada 28 Oct 2009

      bro pakai yang ori ke ?? apa pendapat bro ??

  2. Kobot pada 24 Oct 2009

    Terasa nak juga guna windows 7 ni..

  3. Akmal Hisyam pada 24 Oct 2009

    pergh..
    agak mahal harganya..
    baik aku guna Ubuntu..

    • Lan pada 24 Oct 2009

      ubuntu free..bek tak yah pakai..bek pakai win 7 crack nyer..same jerla..cess..huhu..bek pki crack free win 7..same je..huhu..

      • MK pada 26 Oct 2009

        Sungguh tidak murni ko mempromosikan barangan cetak rompak. Dusyum! *Meninju Qiilans*

      • MAt Ketawa pada 24 Jul 2011

        haha best pakai yang tak ori pown….janji leh layan ahaha

  4. naim pada 24 Oct 2009

    ape bezenye ek windows 7 yg bru kua ni ngan win 7 RC yg aku tgh pkai skrg??
    tp win 7 mmg best!!!

  5. MrRoll pada 24 Oct 2009

    gune pirate jer ^_^

  6. xun pada 24 Oct 2009

    eh? what is win7?
    i tot WinXP was the latest?

    :P

    • rein ahmad pada 24 Oct 2009

      har! har!

      ta bole blah.

      tau la pakai mac. ;D

      • lazaac pada 25 Oct 2009

        Mac mantap giler… ;) walaupun guna Mac OS X x86 jer… haha… hackintosh smart…

    • Khai pada 24 Oct 2009

      kuang ajo.. hehehe

    • Azree Hanifiah pada 24 Oct 2009

      Memang kuang asam…. haha…

      • xun pada 25 Oct 2009

        hehe. lalala~

    • zelo55 pada 27 Oct 2009

      bapak kejam oi!
      hahahahahah!

  7. Khai pada 24 Oct 2009

    Jimat duit aku RM 478.00 untuk Se7en pro.. dapat pree upgrade from vista business… tq HP! hahaha…

  8. Hamdi pada 24 Oct 2009

    weeeee
    boleh beli la kan
    dah kuar nih

  9. Dota pada 25 Oct 2009

    Harga kat atas itu harga OEM kan? Retail punya harga berapa agaknya ye. Kasi update sikit la! :)

  10. Hafidz pada 25 Oct 2009

    huh, sapa la yang terbeli windows vista tuh, rugi rugi =P

    • MK pada 26 Oct 2009

      Yang dah beli vista (bukan sekali dengan laptop) dapat free upgrade rasanya. Ke diskaun.

  11. amin pada 25 Oct 2009

    Pakai Ubuntu jer. FREE dan Customizable.. Tak perlu pening kepala fikir pasal bajet.. hehehehe…

  12. Arib pada 25 Oct 2009

    To: amin

    Eee, Ubuntu?
    Membuntukan aku lagi adelah.
    Nasib baik Ubuntu di PC.
    Kalau bandingkan Mac tadi, hish tak kuasa aku :P

    “Windows 7, memudahkan PCku.”

    Blog Teknologi dan Peribadi:
    http://arib2020.blogspot.com

    • amin pada 28 Oct 2009

      Tak buntu jika kita berani belajar dari kesilapan. hehehe…

      Trial & error is the best efforts to achieve a good path.

  13. amun pada 25 Oct 2009

    xde duit dan cerdik? – Pakai ubuntu
    ada duit dan cerdik – Pakai Mac
    ada duit tapi… – beli win7 ori..ekeke

    • rinozeen pada 31 Oct 2009

      HAHAHAAHAAHAA!!! siol gle!! hakhak… ubuntu bez..

  14. AK pada 25 Oct 2009

    pasnie cepat2 aku cari crack dyer.. hehe

  15. naim pada 25 Oct 2009

    xbpe ade duit tp cerdik sgt2? – pkai win7 pirate
    hakhak

  16. safar pada 25 Oct 2009

    Berapa banyak duit aku.tak kan aku nak
    beli sampai beratus kot.harga RM10 kira bagus
    tu.cetak rompak.

  17. shirosh pada 27 Oct 2009

    ada duit? Ubuntu.
    x cukup duit? Ubuntu.
    ada duit tapi.. ? Ubuntu.
    :)

  18. ami pada 27 Oct 2009

    win7 memudaratkan pcku n poketku..stop the microsoft monopoly..

    • rinozeen pada 31 Oct 2009

      ye ke?? w7 pe tu? aku gne ubuntu, tp w7 bg aku not bad… aku ske… ko pky rc nye kot…cbe y da release nye
      (super cerdik dan takde duit = pirate jerk…)

  19. Adney pada 27 Oct 2009

    macam harge kuih donat.. wah3

  20. mywisenet pada 27 Oct 2009

    hahaha….. just waitin 4 windows 7 party pack…. mmbr aku kat London nk send… Steve Ballmer signature edition…

    • reezluv pada 27 Oct 2009

      oho..erm..win 7 cambest..rasanya amek kot nanti bile tukar PC/laptop..hehe..

      mungkin akan pakai mac dan win 7..hehehe..satu pc satu laptop..haha

  21. khairi90 pada 28 Oct 2009

    sya skrang nie guna windows7 rtm. memang best goler……windows nie mmg stabil dan pantas berbanding vista..

  22. Lanun pada 28 Oct 2009

    xde duit-pirate je.
    ade duit-pirate je.
    ori ngan pirate pun bkn ade beza.
    jimat kos..

  23. paan pada 28 Oct 2009

    ahhh…aku masih xdapat meninggalkan windows…terlalu banyak application yang aku suka..ubuntu ada banyak masalah dalam bab codec la…

  24. orang_letrik pada 29 Oct 2009

    masing-masing ade pendapat tersendiri.

    xkesah pon antara platform windows atau linux

    tapi bagi aku lebih best kalo explore linux

    banyak bole blaja dari TERMINAL

  25. love JB pada 31 Oct 2009

    beli je cetak ompak,,,
    save duet,,
    same2 je ori ngan pairet nie,,,

  26. Alon pada 02 Nov 2009

    urli7 macam windows longhorn..haha pakai yang tu lagi ler besh

  27. reloaded-7 pada 11 Nov 2009

    best sgt..
    tpi kalau yg org lgi best..
    saya dah banding kan ori dgn tak ori..
    same je..

  28. Addy pada 08 Dec 2009

    sekadar singgah utk tau harga Win 7 :P , but rite now tgh oakai win7 ultimate cracked..yg torrent byk…itu LAGI FREE…x yah bli pirate..duit lagi..tapi AWAS.. anda terdedah pada malware… especially trojan.. *evil grin*

  29. en.lanun pada 15 Dec 2009

    Aku pakai dual boot. Ubuntu 9.10 yang sememangnya free…..pastu Windows 7 yang dicrack…full activated. Pun jadi free…hahahahaha

  30. Adipati pada 28 Mar 2010

    windows 7 ada yang bahasa melayu punya tak bro?

  31. eiqa pada 27 May 2010

    mcm mana nak dapatkan yang pirate?

  32. Puteri Balqis pada 25 Mar 2011

    Paling best W 7 Ultimate…:)

  33. Aznam pada 18 Sep 2011

    Boleh dapat lagi ke free upgrade dari Windows Vista ke Windows 7 tu skarang ni?? Lambat sampai le berita ni kat saya… hehehehe

  34. acai pada 22 Nov 2011

    aku nak tanya…windows 7 starter leh x masuk domain?


Trackbacks/Pingbacks

  1. Windows 7 dan tips penggunaannya! « |isu terkini|seks|artis|politik|kereta|bisnes|internet|

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader