-
Windows 8 Dan 9 Bakal Membawakan Sokongan 128-bit?
Mungkin ramai sudah sedia maklum, Windows 7 kelak akan dilepaskan dalam dua variasi, iaitu 32-bit dan juga 64-bit, serta beberapa spekulasi mengatakan Windows 8 hanya akan dilepaskan dalam variasi 64-bit sahaja. Namun begitu, beberapa spekulasi mengatakan kini Microsoft sudah pun dalam pembangunan sokongan 128-bit untuk Windows.
Ianya dikatakan bahawa Microsoft sedang dalam perancangan dan pembangunan untuk memperkenalkan sokongan kepada sistem 128-bit mulai daripada Windows 8 atau Windows 9. Sistem operasi yang bakal dilepaskan selepas Windows 7 itu kini sudah pun berada dalam perancangan Microsoft, dan Windows 8 dijangka tidak akan dilepaskan sebelum 2011, selain Windows 9 yang dijangka pada tahun 2014.
Dengan purata pelepasan sistem operasi daripada Microsoft setiap tiga tahun, kita boleh menjangkakan yang mana Windows 8 akan dilepaskan pada 2011 ataupun 2012, yang mana mungkin akan membawakan sokongan 128-bit. Sebelum ini, beberapa ura-ura mengatakan bahawa Windows 8 hanya akan dilepaskan dalam versi 64-bit. Walaubagaimanapun, ianya dijangka Microsoft akan terus menyokong sistem 32-bit pada masa hadapan.
24 Komen
Fuuuh…windows 7 baru je keluar dah nak keluarkan windows 8 n 9 ke? mantap…
slalunya roadmap utk OS mmg dh fikirkan awal2 utk OS yg at least 1 generasi kedepan. cthnya time awal vista, M$ dh announcekan pembangunan utk Vienna a.k.a. 7.
tp pape pun kene tgk pada keserasian serta adoption rate. skrg ni driver ntuk 64 bit pun still, mmm…, hohoho. lgpun x semestinya featureset dlm roadmap akan smpai dlm end product. amek cth Windows Future Storage (WFS) yg dulunya dicanangkan sbgai pgganti NTFS (sejak zmn vista lg x silap), x jugak masuk dlm feature list produk akhir. byk bnda kene consider (speed, reliability, compatibility, etc). dan itu bnda yg dicanangkan dlm conference, yg 128bit ni blom ada pape lg cite pun dlm MSDN.
aku nak windows 8 mcm ni >> http://www.youtube.com/watch?v=k4JlnZGRMIo
aku dah tgk video tu sblm ni..mmg canggih do..kalo ler ade..hu3
Walaupun diorg suke kua banyak kali bagi versi baru namun bagi saye, ape yg Microsoft perlu2 tingkatkan adalah mengenai kelajuan reboot yg masih x dapat lawan linux dan sesetengah MAC.
Agak mengecewekan…
Aku masih dgn XP. Windows paling bagus, dari segi performance, setakat ini.
aq stju 2 azwan..
pada aku win 7 aku skg lebih pantas dari xp aku dulu..hu3
ini yang risau ni, yang 64bit pun x full lg orang gune. driver tak cukup stable lagi, dah nk gune yg lain?
hmm, agak2, sempat ke chip 128bit utk laptop? huhu.
soalnya bukan pada windows saje. tapi soal driver dan juga software2 yang 32bit. bilakah nak kuar 7 ni? aku tak sabar nak bli ni!
Baru je Windows 7 nak glamer lama skit. huhu
nak kena tunggu windows 18 lah.. hehe
itu pn klo adala junaidix..hik2
Fuyyo 128 bit. Berapa tera la ram disupport nanti.
aku sbnarnya bukan bape fhm pon psal bit-bit ni… hi hi..
Kuarkan byk2 pn x gna klo perfomancenya sm je..drpd mgluarkan byk2 wndows ni..lbh baik lg dorg pk mcm mn nk mmantapkan wndows yg sdia ada..
windows2 yg baru tu mmg dimantapkn drpd windows sedia ada.. cuma nama je yg lain.. xkn bende upgrade nk pkai nama sama kn..
Windows 8 ke atau windows 9.harap Microsoft
tak langgar hakcipta.berapa banyak bit sekali.
uiks…sampai 128bit…gilalah…:)
org dah paki win 7 ko x lari2 dr xp..xkan la dorng nak bt bnda yg br lbh bruk dr bkn lama..pk la..try pakai br tau..x abes2 xp..bl nak maju..apsal ko x pakai win ME je..kan lg laju.
tak silap aku, win7 mmg 64bit sahaja. sebab aku dah try pun.
86 bit dan 64 bit la..bkn 64 bit sahaja.cume yg starter edition je xde tuk 64 bit.yg len sume ade.
x86 (32bit) ngan 64bit la. bukan 86bit.
apa bezanya 86bit dan 64bit dan yg mana lg bagus dan sesuai dipilih?