• Yahoo! Akan Menutup GeoCities Pada 26 Oktober

    Setelah lebih 10 tahun beroperasi dibawah Yahoo!, akhirnya kini ianya diumumkan yang mana GeoCities akan ditutup buat selamanya mulai 26 Oktober 2009. GeoCities dahulunya telah dimiliki oleh Yahoo! pada harga $3.65 billion, yang mana membolehkan para pengguna membuat laman web peribadi dengan mudah.

    Sebelum ini, Yahoo! telah menutup para pengguna baru untuk membuat laman web menggunakan GeoCities, tetapi masih membolehkan para pengguna mengakses laman-laman pada GeoCities. Namun begitu, mulai 26 Oktober kelak, semua maklumat pada GeoCities akan dipadam sepenuhnya, dan para pengguna sudah tidak lagi boleh mengakses akaun dan fail-fail pada GeoCities.

    Yahoo! juga telah mengumumkan supaya para pengguna membuat backup atau memindahkan fail-fail mereka ke hosting berbayar Yahoo! ataupun pihak ketiga yang lain. Sebelum ini, Yahoo! telah memiliki GeoCities pada tahun 1999 dengan harga $3.65 billion, iaitu suatu harga yang amat tinggi pada ketika itu.

    Namun begitu, dengan kemunculan beberapa laman penyedia blog seperti Blogger dari Google dan WordPress.com, populariti GeoCities makin merudum, dan kini mereka telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya servis mereka itu.

6 Komen

  1. doBot on 08 Oct 2009

    Bro, study bro. Esok exam…heheheh

  2. Adam on 09 Oct 2009

    Teringat masa mula-mula belajar buat web, GeoCities adalah web hosting yang pertama diguna.

  3. safar on 09 Oct 2009

    Akaun ni yang mula sekali aku guna.
    kesian dah nak tutup.

  4. xflixz on 09 Oct 2009

    hmm..nape nak tutup lak..byk kenangan bersama geocities..hhuhuuh..

  5. spatt on 09 Oct 2009

    kurang satu source pembinaan backlink..hahah

  6. mohdisa on 09 Oct 2009

    walaupun tak pandai menggunakannya, tp pernah guna jugalah untuk publish tag. hehe…memang mudah. :)


Tinggalkan Komen Anda