Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sebelum ini, kita dapat tahu yang mana Facebook merupakan laman yang paling popular di Malaysia, meninggalkan laman-laman lain termasuk Yahoo! dan Google. Kini, melalui data yang dikumpulkan pada 3 November yang lalu, didapati yang mana terdapat seramai 3,425,300 pengguna Facebook daripada Malaysia.

Pengguna Facebook Malaysia
Melalui halaman CheckFacebook, ianya didapati yang mana pengguna Facebook dari Malaysia adalah seramai 3,425,300 dengan kadar pertumbuhan 7.43% pada minggu lepas, yang mana meletakkan Malaysia sebagai antara 10 negara yang mempunyai kadar pertumbuhan pengguna Facebook tertinggi.

Pecahan Pengguna Facebook Malaysia Mengikut Jantina dan Umur
Pengguna Facebook yang paling ramai adalah diantara lingkungan umur 18 hingga 24 tahun, iaitu seramai 1,319,820 orang, diikuti dengan pengguna berumur 25 hingga 34 tahun seramai 1,148,660 orang. Pengguna wanita mendominasi dengan angka sebanyak 50.7% atau seramai 1,723,360 orang, diikuti dengan pengguna lelaki seramai 1,678,140 orang (49.3%).
Dengan penduduk seramai 28,310,000 di Malaysia, ianya memperlihatkan yang mana seramai 12.1% daripada pengguna Malaysia mempunyai akaun Facebook, sekaligus meletakkan ianya sebagai laman yang paling banyak dilawati oleh para pengguna Malaysia.
Tips oleh Awqi Zar. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
wah, gilalah rakyat malaysia kini. aku yakin tahun depan mesti mencecah 5 juta, 8 juta mungkin.
haha..
apa bleh buat..
facebook mmg best..
Syabas untuk Facebook
Facebook memang rock beb!
Blog Peribadi & Teknologi:
http://arib2020.blogspot.com
adeh, apa akan berlaku dalam kehidupan sosial kita? lingkungan umur remaja yang paling banyak pulak tu.
sian myspace yang menjadi kegilaan kawan2 kelas ku.. wakakaka..
wei ko tau pe web yg leh tgk bola free
Hapuskan Myspace,Friendster,dan lain-lain.Sila berpindah ke Facebook.
Untuk menyediakan ruang simpanan utk data bagi seluruh dunia melibatkan kos yang besar itu tidak termasuk kos penyelenggaraan dan pengurusan.Jika perkhidmatan itu diberi secara percuma ianya adalah tidak masuk akal.seterusnya nilaikan sendiri.
Iklan dalam Bahasa Melayu pun dah banyak kelihatan di facebook.
hebat hebat. facebook mmg aplikasi yg mudah.
tp facebook ni dr yahudi ….huhu
facebook nie yahudi.. tp aku join gak
dh tau yahudi tpi dk join jgk
apa nak jadi pada dunia hari ini ///
ok face book
hurm….