23Nov

AmBank Melancarkan Aplikasi Mudah-Alih AmGenie

Lain-lain

AmBank hari ini telah melancarkan perbankan mudah-alih mereka yang mana dipanggil AmGenie. Melalui perbankan mudah-alih ini, para pengguna boleh menggunakan servis AmBank untuk menyemak baki, melihat senarai transaksi, memindah wang ke akaun lain, membayar bil dan sebagainya dengan mudah melalui telefon mudah alih.

amgenie
Antaramuka Aplikasi AmGenie

Pada masa yang sama juga, anda boleh menyemah senarai cawangan AmBank yang terdekat, selain mengetahui mesin ATM terdekat dengan mudah. Selain daripada informasi berkaitan perbankan, AmGeni juga menyediakan perkhidmatan tambahan seperti informasi berkaitan wayang, KWSP dan juga waktu solat semasa.

Untuk menggunakannya, para pengguna boleh memuat-turun aplikasi AmGenie Pro ke telefon bimbit mereka, ataupun dengan mengakses laman WAP AmGenie. AmBank membawakan servis mudah-alih ini dengan kerjasama FSBM Net Media Sdn. Bhd. Sebelum ini, CiMB telah memperkenalkan aplikasi khas perbankan untuk para pengguna iPhone dengan kerjasama bersama Maxis.


HSBB - Ke Arah Gaya Hidup Digital
WordCamp Asia Di Kuala Lumpur Pada 14 Mei Ini
Pengumuman: Ucapan Raya & Langganan Buletin Harian Amanz
Pembangun Aplikasi Twitter? Mari Sertai TeaTimeKL Pada 22 Oktober Ini
Pandangan : Adakah Kod QR sesuai untuk digunakan di Malaysia?

3 Komen

  1. zuwairiaiman pada 24 Nov 2009

    menarik aplikasi ini… sape2 ade am bank silekan la chek belence anda

  2. mazudi pada 24 Nov 2009

    Sepatutnya semua bisnes company yang berasaskan servis camni ada aplikasi untuk mobile begini. Inilah masa depan.

  3. mohdisa pada 24 Nov 2009

    ades, masalah betul la. akaun aku dah kena terminate. dah lama tak aktif. waa


Tinggalkan Komen Anda