22Nov

Android dan Chrome OS Bakal Disatukan?

Google

Sebelum Google memperkenalkan Chrome OS, mereka terlebih dahulu telah pun melepaskan dan memperkenalkan sistem operasi Android yang mana kini sudah pun mencecah Android 2.0. Setelah memperkenalkan Chrome OS, Google telah pun mengumumkan yang mana berkemungkinan besar Android dan Chrome disatukan suatu masa kelak.

Chrome OS

Kedua-dua sistem operasi menggunakan WebKit dan juga kod Linux dalam pembangunannya, dan ini kelak akan memudahkan kedua-duanya diintegrasikan bersama. Kini, komputer sudah pun menjadi lebih kurang seperti gajet mudah alih sama seperti telefon bimbit yang mana kini lebih berubah menjadi seperti komputer. Kedua-dua perkara ini membolehkan kedua-dua sistem operasi ini diintegrasikan bersama dengan mudah.

Sebelum ini pun, Android telah berjaya digunakan pada netbook dengan berjaya, malah ada yang mula merangcang untuk mengeluarkan netbook dengan sistem operasi Android. Buat masa ini, ianya masih tiada sebarang petanda berkaitan penintegrasian kedua-dua sistem operasi ini, dan ianya kini dilihat dimana Google membangunkan kedua-dua sistem operasi ini secara berasingan.


Sokongan Suara dan Sentuhan Pada Windows 8
Windows 8 Tidak Mengintegrasikan Sokongan Dolby Digital Plus?
ChromeBook CR-48 Dengan Lebih Dekat
Fungsi Perkongsian Ke Googe+ Ditambah Pada Butang Google +1
Penggunaan Peranti Android Melangkaui Angka Peranti Symbian Di Malaysia

9 Komen

  1. xflixz pada 22 Nov 2009

    seperti yang dijangkakan…pasni xyah gune laptop nk run photoshop..guna phone pun boleh?huhuhuhuh..best3..

  2. MakLaN pada 22 Nov 2009

    Cuba Android dlm bentuk LiveCD via Livedroid

  3. safar pada 22 Nov 2009

    Telefon dan komputer pun boleh.

  4. mrkaizer pada 23 Nov 2009

    Memang serius giler google nak pecahkan dominasi MS Window.

  5. Dr House pada 23 Nov 2009

    Hidup Linux.

  6. thexboy82 pada 23 Nov 2009

    Menarik ni

  7. safar pada 23 Nov 2009

    sehati sejiwa.mereka tak dapat dipisahkan.

  8. mohdisa pada 24 Nov 2009

    wah, makin menarik chrome os ni. ades


Tinggalkan Komen Anda