28Nov

Chrome OS Mendapat Perhatian Daripada Dell

Google, Sumber Terbuka

Walaupun Google masih belum melepaskan sistem operasi mereka, Chrome OS kepada umum, Dell telah mengambil langkah awal dengan melepaskan sistem operasi Chrome OS yang direka khas untuk Dell Mini 10V dengan sokongan semua hardware yang diperlukan untuk Chrome OS.

Dell Chrome OS

Pembangunan Chrome OS masih lagi diperingkat awal, tetapi apabila melihat akan Dell yang telah mengambil langkah awal, kita sudah dapat melihat akan masa depan Chrome OS yang kelihatan cerah buat masa ini. Dell menyediakan fail Chrome OS pada laman mereka yang mana telah diubah untuk menepati Dell Mini 10V yang mana bersaiz sebesar 8GB.

Sekiranya anda mempunyai Dell Mini 10V, anda sudah boleh memuat turun fail Chrome OS untuk Dell Mini 10V dan seterusnya memasangkannya pada USB anda, dan mencubanya terus pada netbook Dell Mini anda itu. Mungkin lepas ini, lagi ramai pembuat netbook akan hadir dengan Chrome OS untuk netbook mereka. Sama-sama kita nantikannya.


Google Memperkenalkan Jawatan Google Autocompleter
Google Memperkenalkan Instant Previews Untuk Iklan
WordPress 3.1 Telah Dimuat-Turun Lebih 15 Juta Kali
Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi
Gingerbread Kini Merupakan Versi Android Yang Paling Luas Digunakan

2 Komen

  1. AK pada 28 Nov 2009

    lolz… chrome OS nie web-base OS (cam windows4all.com) ke OS cam ubuntu tuh??


Tinggalkan Komen Anda