Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari ini, Opera Software melepaskan pelayar web Opera 10.10 yang mana didatangkan bersama-sama dengan platform Opera Unite yang mana bakal mengubah cara para pengguna menggunakan pelayar web, disamping menjadikan pelayar web anda seperti sebuah server.
Opera Unite membolehkan para pengguna berkongsi fail, gambar, dokumen dan sebagainya melalui pelayar web, disamping menonton video dan dengar muzik dengan mudah. Anda tidak lagi perlu memuat-naik fail anda kepada penyedia pihak ketiga, sebaliknya boleh berkongsi secara terus melalui pelayar web Opera anda dengan mudah.

Fungsi Sembang Pada Opera Unite
Dengan menggunakan Opera Unite, anda juga tidak lagi perlu bimbang dengan berkongsi fail dan maklumat, kerana ianya tidak lagi melibatkan pihak ketiga, sebaliknya anda berkongsi terus dengan rakan-rakan anda secara terus dengan mudah. Malah, saiz fail juga tidak menjadi halangan dimana anda berkongsi fail sebesar mana pun tanpa sebarang had.
Anda boleh memuat-turun Opera 10.10 yang mana didatangkan sekali dengan Opera Unite dan mencubanya sendiri.
7 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku guna chrome dgn firefox pun xterguna.. hahaha… ckuplah ade 2 aje… huhu….
Haha sama la. Cuma aku lebih concentrate on Chrome. Simple and sleek. Kalau Opera ni best aku pun nak testing kot.
sesuai kepada mereka2 yg x suke firefox.. haha
ehm..boleh cuba jugak nih.
try share satu muvie dvdrip ngan kawan-kawan..
laju ke tidak…
hahahhah..
2 bulan aku guna opera.tiada masalah pun.opera 10 memang hebat.
tak larat nak testing dah, turbo dia wat makan space ram aku jerk. ades