12Nov

DiGi Menawarkan Gajet Pada Harga Termurah

Lain-lain

DiGi Telecommunications Sdn Bhd boleh dikatakan sebagai sebuah syarikat telekomunikasi tempatan yang berjaya dan sering muncul dengan tawaran menarik untuk menjaga hati penggunanya. Terkini, mereka membelanjakan RM1 juta dalam bentuk gajet dan kelengkapan internet yang mana ditawarkan kepada pengguna pada harga diskaun.

DiGi Bonanza
Pembeli Mula Beratur Sejak Awal Pagi [via]

Melalui acara yang berlangsung antara hari ini sehingga Ahad nanti (15 November) di pusat membeli-belah 1Utama, DiGi menawarkan pelbagai perkara, daripada modem broadband berharga RM1, sehinggalah BlackBerry Bold 900 yang dijual pada harga RM299 dan juga Nokia N97 Mini pada harga RM499.

Walaubagaimanapun, BlacBerry Bold 900 dan juga Nokia N97 Mini telah pun dijual habis pada hari pertama promosi Digi Internet Bonanza ini. Antara barangan dan gajet yang masih terdapat adalah DiGi Broadband Modem pada harga RM1, BlackBerry Curve 8900 pada harga RM99, dan juga HP Mini Netbook pada harga RM399.

DiGi Internet
Halaman DiGi Bonanza

Setiap pelanggan hanya boleh memilih hanya satu gajet sahaja, dan DiGi tidak memberitahu berapa bilangan gajet yang ditawarkan bagi sesuatu kategori itu. Anda masih boleh dapatkan gajet-gajet ini sehingga stok habis, ataupun sehingga hari Ahad ini – 15 November.


Angkasawan Kedua Akan Di Hantar Sebelum 2015
Adakah DiGi Bakal Menawarkan HTC Incredible S?
Eksklusif : Taman Tema Les Copaque Menjelang Tahun 2015 - Siri Animasi Ketiga Dalam Perancangan
(Video) Dokumentari Dalam Bentuk Animasi Berkenaan Sejarah Internet
Koleksi Gambar Internet Meme Untuk Digunakan Sebagai Facebook Cover

6 Komen

  1. beliamuda pada 12 Nov 2009

    murah giler hp tuh… mmg ptt ar habis awal2.. $_$

  2. MakLaN pada 12 Nov 2009

    Huhu… rm 1 je modem tu…

  3. zool pada 12 Nov 2009

    Gile murah dong ah.. apakan daya masih tak mampu

  4. od3n pada 12 Nov 2009

    nice promo huh?

    p/s: test dr iPhone simulator on my hackintosh :p

  5. mohdisa pada 13 Nov 2009

    wah, tahniah Digi kerana dapat menarik begitu ramai pelanggan. Rugilah tak dapat turut serta membelinya. hehe

  6. Adney pada 13 Nov 2009

    mcm siot je promo.. bapak murah.. huk2


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader