12Nov

Elakkan Kandungan Dewasa Dengan Mengunci SafeSearch

Google

Mungkin ramai yang sudah ketahui yang mana, anda boleh menutup kandungan dewasa dan yang tidak sesuai buat kanak-kanak pada carian Google dengan mengaktifkan fungsi SafeSearch. Walaupun ianya tidak berkesan 100%, ianya masih boleh membantu anda mengurangkan kandungan dewasa. Hari ini, Google membolehkan para pengguna mengunci fungsi SafeSearch pada keputusan carian Google.

SafeSearch
Halaman Keputusan SafeSearch

Melalui fungsi mengunci SafeSearch ini, anda boleh menetapkan tahap tapisan anda. Halaman keputusan carian juga berbeza dengan halaman keputusan biasa, selain yang mana anda perlu memasukkan kata laluan terlebih dahulu sekiranya ingin mengubah tetapan bagi SafeSearch yang telah dikunci.

Menariknya, halaman keputusan carian yang selalunya hanya berwarna putih sahaja, ditandakan dengan bebola warna Google yang mana membolehkan para ibubapa mengetahui yang mana komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka masih menggunakan fungsi carian SafeSearch yang telah dikunci. Anda boleh mengaktifkan fungsi SafeSearch ini melalui halaman tetapan carian Google.


Google Chrome 3 Di Lepaskan Secara Rasmi
Pelancaran Chrome Web Store Di Tangguhkan
Google Games Bakal Dilancarkan Pada Google+
Google+ Membawakan Fungsi Menambah Teks Pada Imej - Gambar Meme Kini Lebih Mudah
Chrome Versi Pembangun Kini Dikemaskini Kepada Versi 19

2 Komen

  1. Lady Nass pada 12 Nov 2009

    Baik Untuk Kesihatan…

  2. mohdisa pada 12 Nov 2009

    bagusnya, tp budak2 skg ni suma dah pandai. buat la apa pun. sama jerk.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader