• Facebook Kini Laman Perkongsian Video Ke-3 Terbesar

    Kita sedia maklum yang mana Facebook kini merupakan antara laman perkongsian imej terbesar dengan lebih 2 billion gambar dimuat-naik setiap bulan. Pada masa yang sama, kini Facebook adalah laman perkongsian video ketiga terbesar di dunia, dibelakang laman video YouTube dan Hulu.

    Melalui kajian yang dilakukan oleh Nielsen, pada bulan Oktober 2009 yang lali, YouTube menerima lebih 6.6 billion tontonan, dan diikuti oleh Hulu dengan lebih 632 juta tontonan, dan Facebook dengan 217 tontonan. Ini sekaligus meletakkan Facebook dihadapan laman-laman lain seperti Bing Videos, dan juga Yahoo! serta beberapa laman perkongsian video yang lain.

    Facebook Video
    Statistik Tontonan Video Mengikut Laman [via]

    Facebook dilihat kini berkembang daripada bukan sekadar sebuah laman sosial biasa, malah turut menjadi laman perkongsian media, sekaligus meletakkan Facebook antara laman terkemuka dunia, dan merupakan laman paling popular di Malaysia, mengalahkan laman-laman lain seperti Yahoo! dan Google. Kini, seramai lebih 12.1% daripada penduduk Malaysia menggunakan Facebook dalam kehidupan mereka.

7 Komen

  1. haritz on 20 Nov 2009

    meriah betul, lepas ni ntah apa plak yang lebih popular

  2. lazaac on 20 Nov 2009

    mcm2 inovasi dpt digunakan skrg… facebook mmg mantap…

    tapi Hulu tu, baru tau.. haha… kalau Amanz tak post, xtau plak pasal Hulu tu…

  3. mohdisa on 20 Nov 2009

    wah, menarik ni. satu lgi fakta mengukuhkan kedudukan facebook. hehe

  4. mrkaizer on 20 Nov 2009

    Hulu tu dekat Malaysia tak boleh tengok ek?

  5. esanstudio.net on 20 Nov 2009

    nice!!! simple and interesting info!!!

  6. lazaac on 21 Nov 2009

    sy cuba pun mmg xdpt masuk Hulu tu, katanya US jer… paper pun, YouTube ttp mantop… yeah~

  7. safar on 21 Nov 2009

    Video perkongsian pun facebook sapu bersih.hehehe……….


Tinggalkan Komen Anda