19Nov

Facebook Menguji Pemuat-Naik Gambar Yang Baru

Web 2.0

Umum sedia maklum yang mana Facebook merupakan laman yang paling popular di Malaysia. Kini, mereka sedang menguji dengan aplikasi muat-naik gambar yang baru, yang mana membawakan stabiliti yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Anda boleh menguji aplikasi baru ini dengan mengaktifkannya pada Facebook Prototaip.

Facebook Photo Uploader
Facebook Photo Uploader

Walaupun Facebook hanyalah laman sosial yang biasa, namun ianya merupakan antara laman perkongsian imej terbesar didunia, seperti Flickr dan Picasa. Facebook kini mengehoskan lebih 20 billion gambar dan ianya bertambah hampir 2 billion setiap bulan. Melalui aplikasi muat-naik yang baru ini, para pengguna boleh memuat-naik gambar dengan lebih mudah lagi. Anda kini boleh memilih koleksi gambar yang ingin dimuat-naik, dan pada masa yang sama melayari laman Facebook tanpa sebarang gangguan.

Untuk mencuba prototaip ini, anda perlu terlebih dahulu mengaktifkannya pada Facebook Prototaip dan kemudian sudah boleh mencubanya dengan mudah. Anda juga boleh menyah-aktifkan fungsi ini sekiranya tidak berminat. Ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan, dan mungkin kelak akan diintegrasikan pada laman Facebook kelak.

Kredit kepada Adney Syafiq. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


Pengguna Twitter Di Ancam Masalah Phishing
Lebih 1,000 Pengguna Berdaftar Di 1Malaysia.com Dalam Masa Kurang 3 Hari
(Ura-Ura) CouponHouz Diambil-Alih Syarikat Australia?
Facebook Disasarkan Melangkaui Lebih 1 Billion Pengguna Menjelang Ogos
Universiti Malaya Memperlihatkan Aplikasi Pembelajaran Dan Simulasi Elektronik Pada iOS Dan Android

3 Komen

  1. mohdisa pada 20 Nov 2009

    asal pic pompuan plak tu. erk…

  2. amoi pada 21 Nov 2009

    lagi suke yg bese punya ^_^

  3. safar pada 21 Nov 2009

    Photobucket dan flickr tu selalu aku guna.
    lagi facebook gambar masih dalam peringkat
    pembangunan.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader