Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara menarik pada Google ialah, ia mengintegrasikan kebanyakkan servis milik mereka kepada satu benda, dan membuatkan para pengguna mereka gembira. Hari ini, Google mengintegrasikan FeedBurner bersama-sama Google Analytics, membolehkan anda melihat statistik feed anda.
Sekiranya anda menggunakan Adsense For Feeds ataupun FeedBurner, kini anda boleh melihat statistik klik anda di Google Analytics. Integrasi ini masih ditahap awal lagi, dan data yang anda boleh lihat adalah hanya statistik klik sahaja buat masa ini.

Data FeedBurner Pada Google Analytics
Dalam beberapa minggu akan datang, Google akan menambah beberapa fungsi baru pada servis mereka ini, membolehkan anda melihat bagaimana pembaca anda membaca kandungan anda, sehinggalah aplikasi pembaca feed apa yang digunakan oleh mereka. Nampaknya, setelah lama memiliki FeedBurner, kini Google sudah mula memberikan perhatian serius kepada FeedBurner, dan mungkin kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan yang menguntungkan pengguna.
4 Komen
Tinggalkan Komen Anda
aku masih kurang menggunakan kedua-duanya. hehe
aku masih tiade mase untuk cube analytic lg.
ada feedburner dan analytics. tapi xberapa nak faham sgt analytics sebab banyak sangat benda dalam tu. hohoho. tgk stats nuffnang je senang. keke
sape x cuba analytics rugi bebenor le.. lagi satu Google Webmasters.