-
Friendster Bakal Mengalami Transformasi
Seperti sedia maklum, populariti Friendster makin berkurangan dari masa kesemasa, dimana ramai pengguna yang beralih kepada Facebook pada masa kini. Untuk mengatasi terus kehilangan pengguna Facebook bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam beberapa hari akan datang ini, untuk menarik kembali para pengguna menggunakan servis mereka.
Friendster adalah laman sosial yang popular di benua Asia, dimana kebanyakkan penggunanya adalah dari Asia Tenggara dan diikuti beberapa bahagian Asia yang lain. Walaubagaimanapaun, popularitinya makin berkurangan dari hari ke hari. Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru pada halaman mereka, iaitu:
- Memperkenalkan Laman Yang Mudah dan Menarik – Menjadikan Friendster sebuah laman yang memudahkan para pengguna berkomunikasi antara rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah dan dalam pelbagai bentuk interaktif.
- Hiburan – Menjadikan Friendster sebuah laman hiburan yang menarik, dimana pelbagai bentuk hiburan seperti permainan, muzik dan hadiah disediakan.
- Memudahkan muat-naik dan perkongsian – Membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dan imej dengan lebih pantas, selain memudahkan para pengguna berkongsi antara satu sama lain dengan mudah.
- Menjadikan Friendster lebih peribadi – Memudahkan anda untuk mengubahsuai halaman profail anda untuk lebih menepati citarasa anda dan menjadikannya unik.

Halaman Utama FriendsterSebelum ini pun, Friendster telah memperkenalkan pelbagai perkara baru pada halaman mereka, dimana Friendster dan MOL bekerjasama membawakan Friendster Wallet, halaman utama Friendster yang diberikan sentuhan baru, selain memperkenalkan Shoutout Stream dengan membolehkan para pengguna komen pada shoutout di Friendster, dan memperkenalkan fungsi sembang seperti pada Facebook.
9 Komen
dah terhantuk baru terngadah friendster..hehehe
ha’ah.. btol tuh… FS nie da mcm tunggu van mayat jer.. top skang nie FB la..
katakan tidak pada friendster. haha
kesian friendster ni kan… mase memule dlu they were so hot n everyone rushed to join their network.. and the term ‘fs’ r used in any conversations with friends..
i think dieorg made a big mistake tolak buyout offer from google tu..they shud haf known biz model cam dieorg tu takkan lama coz in the future ade je org yg akan come up with the same thing n by chance, boleh beat them..n thats wat happened..
FS ni memang gayanya mcm x pandai berbisnes.. jenis suke bergoyang kaki.. aku pelik, fb ngan ms dok sibuk2 wat inovasi baru.. diorg still relek dengan model diorg yg cookies ntah ape2… everythig sucks.. tpi x pe la kan.. diorg da sedar kot sekarang yg diluar terdapat beribu2 web developer yang bile2 mase saje boleh kuakan something better dri diorg..
Anyway, good luck fs..
u haf a good point, myspace penah ade downtime aritu but its still alive till now coz they kept doing innovations that worked.. and still appeal kat byk orang lagi.. one thing that makes myspace stands out is dat die still provide one of the best platform for bands/musicians
Nak setanding Facebook? Hm.. Dapat ke…
Saya pun dah perasan ramai pengguna dah beralih ke Facebook
I’m not into Friendster
Selamat tinggal Friendster!
Barang yang lepas jangan dikenang lagi ;(
“Windows 7, PC anda dipermudahkan.”
The Personal and IT Blog:
http://arib2020.blogspot.com